Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Denggi Di Johor Terkawal,...

JOHOR BAHARU - Keadaan denggi di Johor masih terkawal dengan mencatatkan penurunan jumlah...

Rebut Peluang Biasiswa Untuk...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi beberapa pilihan...

Lonjak Sektor Pelancongan Sekarang,...

Ketua pembangkang Hamzah Zainudin menggesa kerajaan mengambil kesempatan daripada pemulihan sektor pelancongan global...

Aliran Trafik Ke Timur,...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik menghala ke Timur dan Utara dilaporkan perlahan dan...

APM N.Sembilan Selesai 1,039 Kes Tangkap Ular

SEREMBAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menangani 1,039 kes tangkapan ular dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 932 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Pengarah APM negeri Mejar Mohd Rohaidi Halim berkata antara ular yang sering ditangkap ialah ular sawa dan ular tedung selar manakala ular jenis lain termasuk ular rusuk kerbau serta ular lidi dengan tangkapan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.

“Kebanyakan kes tangkapan kita buat di kawasan pinggir bandar, kediaman kampung yang bersemak dan di kawasan yang ada ternakan ayam dan itik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kesedaran orang ramai mengenai tugas APM dalam membantu menangkap ular di persekitaran mereka turut mempengaruhi peningkatan laporan kes.


Rohaidi berkata di setiap daerah, sekurang-kurangnya ada empat anggota APM yang mempunyai kemahiran menangkap ular.

Antara daerah yang mencatat kes tangkapan ular yang tinggi ialah pinggir bandar Seremban, Tampin dan Jempol, katanya. – BERNAMA

Kategori