Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

4 Presiden Komponen BN...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman daripada UMNO dan presiden...

Shaheizy Sam Harap Syatilla...

SHAHEIZY Sam yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon jelita Syatilla Melvin mengatakan...

Banjir: 8 kampung Di...

KUALA LUMPUR - Sembilan kawasan termasuk lapan kampung di Hulu Selangor mengalami gangguan...

TNB Sumbang Keperluan Persekolahan...

DUNGUN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memberi sumbangan peralatan persekolahan kepada...

APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan Tempatan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan tiga bot nelayan tempatan di kawasan perairan Pulau Mengalum kerana disyaki melanggar syarat lesen bot berkenaan.

Pengarah APMM Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, ketiga-tiga bot rawai berkenaan ditahan Jumaat lalu antara 1 dan 2 petang ketika agensi itu melaksanakan Operasi Sejahtera di kawasan perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 24 kru warga Vietnam berumur 19 hingga 46 tahun berada di atas ketiga-tiga bot berkenaan. Sebanyak 600kg ikan basah dan 500kg ikan kering ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adam, semasa diperiksa pihaknya juga menjumpai beberapa gelung pukat di atas ketiga-tiga bot rawai tersebut yang dipercayai digunakan untuk aktiviti menangkap ikan.


Menurut Adam ketiga-tiga bot berkenaan hanya dibenarkan menangkap ikan menggunakan rawai seperti dalam syarat sah lesen mereka dan bukan menggunakan pukat.

Semua ikan yang dirampas telah dilelong dengan nilai RM2,900 manakala ketiga-tiga bot ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

Kategori