Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu UEC, Jaminan Menteri...

PERTUBUHAN Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan gabungan 300 pertubuhan Gerakan Pembela...

Saksi Diarah ‘Bina Semula’...

SHAH ALAM - Seorang saksi perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle...

KAFA Ketepikan Traore, Lucca...

KOTA BAHARU - Dua pemain import Kelantan, Dramane Traore dan Jonatan Lucca disingkirkan...

Kabinet Lulus RUU AntiBerita...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang AntiBerita Tidak Benar telah dibentang dan diluluskan di...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 4,050 Karton Rokok

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup 4,050 karton rokok putih bernilai RM231,336 ke negara ini dengan penahanan sebuah bot pancung dan sebuah lori di pesisir Pantai Sungai Tengkorak di Tanjong Karang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 4, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata bot pancung berkenaan dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 5.9 batu nautika dari pesisir pantai berkenaan, pada pukul 8.34 malam oleh sebuah bot APMM yang sedang melakukan rondaan Ops Satria Selatan, hasil maklumat orang awam.

“Bot dipercayai dari Pulau Rupat, Indonesia itu kemudian diekori oleh bot APMM sehinggalah ia mendarat di pesisir pantai Sungai Tengkorak sebelum ditahan bersama sebuah lori yang sudah sedia menunggu.

“Kira-kira 10 suspek termasuk tekong dan awak-awak bot melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran selepas anggota APMM memperkenalkan diri sebagai anggota penguat kuasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abu Zaki berkata pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 4,050 karton rokok putih jenama U2 di dalam bot pancung terbabit dan sebahagiannya yang telah dipunggah ke dalam lori berkenaan.


Katanya kedua-dua kenderaan itu kemudian dibawa ke jeti pasukan Polis Marin, Pulau Indah di sini, untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk barang tanpa kelulusan Kastam.

“Pesisir Pantai Sungai Tengkorak merupakan satu daripada hotspot bagi aktiviti penyeludupan rokok ke negara ini yang dipercayai untuk pasaran tempatan. APMM berharap orang ramai dapat memberi kerjasama menyalurkan maklumat lengkap kepada kami jika terdapat aktiviti jenayah di laut dengan menghubungi talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi APMM,” katanya. – BERNAMA

Kategori