Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hasni Angkat Sumpah Menteri...

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad...

Pekebun Kecil Getah Disaran...

KANGAR - Pekebun kecil RISDA yang terjejas akibat kejatuhan harga getah disaran mengusahakan...

Jerebu: 12 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di negara ini semakin pulih dengan hanya 12...

VIDEO: Penunggang Basikal Terselamat...

SANGAT bertuah. Itulah yang dapat kami andaikan mengenai nasib seorang penunggang basikal selepas...

APMM Tahan 40 Nelayan Vietnam Di Kelantan

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 40 nelayan Vietnam selepas didapati menangkap ikan tanpa permit sah dan menyamar sebagai nelayan tempatan di perairan negara, semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kesemua nelayan berkenaan berusia antara di 14 hingga 55 tahun itu ditangkap di 85 dan 97 batu nautika dari Pantai Tok Bali di antara 11.40 pagi dan 1.35 tengah hari semalam.

“APMM turut merampas dua bot yang dinaiki mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua bot berkenaan menggunakan pendaftaran bot nelayan tempatan iaitu KNF7833 dan KNF7343 untuk mengelak dikesan pihak penguatkuasa.


Bot berkenaan dengan tangkapan bernilai RM70,000 ditunda oleh Kapal KM Jujur ke pelabuhan APMM Tok Bali hari ini untuk disiasat mengikut  Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

Kategori