Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aeril, Wawa Kena Kecam...

SIAPA tidak kenal dengan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini? Apa...

Pesawat Emas Boeing 737...

SEBELUM ini, kami ada melaporkan mengenai ura-ura mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar...

Video Lucah: Hilman Mengaku...

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham mengakui telah bertemu...

Peranan PAC Negeri Perlu...

KOTA KINABALU - Peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di setiap negeri perlu...

Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan

DUBAI – Arab Saudi dan tiga sekutu yang mendakwa Qatar menyokong keganasan, bersetuju dengan permintaan Kuwait supaya melanjutkan tempoh 13 tuntutan yang perlu dipenuhi Doha kepada 48 jam.

Kenyataan bersama itu disiarkan oleh agensi berita Arab Saudi, SPA, semalam. Tempoh tuntutan itu sepatutnya tamat semalam.

Menurut agensi berita Kuwait, KUNA, tanpa menyatakan sama ada Qatar menolak tuntutan itu, Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber meminta Arab Saudi dan tiga negara itu memberi tempoh lanjutan berkenaan.

Kuwait bertindak sebagai orang tengah selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta perjalanan terhadap Qatar atas dakwaan Doha menyokong pengganas selain menjadi sekutu Iran.

Bagaimanapun, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani mendakwa tuduhan itu tidak berasas.

Katanya, 13 tuntutan dikemukakan yang patut ditolak itu termasuk menutup stesen tv al Jazeera dan menutup pangkalan tentera Turki di negara itu.


Semua negara terbabit mengemukakan senarai tuntutan yang perlu dipenuhi oleh Doha dalam tempoh 10 hari dan diserahkan oleh Kuwait, selaku orang tengah bagi menyelesaikan krisis berkenaan.

Jika Qatar gagal memenuhi semua tuntutan itu, sekatan tambahan akan dikenakan ke atas negara itu. – BH ONLINE

Kategori