Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Masalah Tanah Antara Faktor...

KOTA KINABALU - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri...

“Selagi Saya Hidup, UMNO...

KOTA BHARU – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji selagi hidup...

Penduduk Kesal Tiada Tindakan...

KUALA PERLIS - Penduduk di Taman Kuala Perlis di sini, hari ini kesal...

Sasbadi, Animasia Studio Meterai...

KUALA LUMPUR – Penerbit bahan pendidikan Sasbadi Holdings Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...

Arsenal Enggan Menyerah Kalah Dapatkan Lemar

ARSENAL sedia melancarkan bidaan ketiga bagi mendapatkan bintang AS Monaco selepas Arsene Wenger percaya pemain kelahiran Perancis itu mahu berada di Emirates pada musim depan.

The Gunners sebelum ini sudah melancarkan bidaan 30 juta pound sterling dan terbaharu, 40 juta pound sterling bagi mendapatkan Thomas Lemar (gambar) tetapi kedua-dua tawaran itu ditolak.

Namun Wenger enggan menyerah kalah dan mahu menaikkan bidaan sehingga 454 juta pound sterling bagi memastikan Lemar menyarung jersi Arsenal pada musim depan, sekali gus memecahkan rekod perpindahan kelab buat kali kedua pada musim ini.

Terdahulu, Arsenal memecah rekod perpindahan Mesuit Ozil yang dibeli pada 2013 dengan nilai 42.5 juta pound sterling selepas membawa masuk penyerang Lyon, Alexandre Lacazette dengan harga 52 juta pound sterling.

Lemar menjadi keutamaan Wenger dalam senarai pembelian pemain selepas usaha mendapatkan bintang Leicester City, Riyadh Mahrez tidak diteruskan.


Wakil Lemar akasudah mengadakan perbincangan dengan Monaco dan Arsenal bagi memastikan perjanjian itu berjaya tetapi halangan terbesar adalah keengganan kelab Perancis itu menjual pemain terbaik mereka.

Monaco sudah kehilangan Bernado Silva yang menyertai Manchester City manakala Tiemouke Bakayoko dikatakan hampir menyertai Chelsea.

Dua lagi bintang kelab itu, Kylian Mbappe dan Benjamin Mendy juga berpotensi meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan musim ini. – Mirror.uk/mStar Online

Kategori