Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MOTAC Buka Semula Permohonan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka semula tempoh permohonan Bantuan...

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul merujuk Anggota Parlimen Lembah...

VIDEO: Rakaman CCTV Penyamun...

TERKEJUT besar mendengar nasib malang menimpa pelakon jelita, Raya Ilya yang baru sahaja kehilangan...

Bahana Cinta, Gadis Jalani...

USIANYA masih muda namun siapa sangka bintang YouTube dari Hong Kong, Berry Ng...

ASEAN, China Setuju Mengenai SOP Perangi Keganasan

BANGKOK-  Para pakar dari ASEAN dan China bersetuju pelan tindakan memerangi keganasan dikemukakan dalam mesyuarat Menteri Pertahanan Kumpulan dan rakan dialog yang akan diadakan di China, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Plus yang berlangsung dari 23 dan 26 Julai di sini.

Kira-kira 100 wakil negara ASEAN dan rakan dialog Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat telah menilai dan meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dicadangkan Thailand dan China.

Komander pusat perangi keganasan Angkatan Tentera Thailand, Leftenan Jeneral Chatchai Pataranavik berkata, SOP itu akan dikemukakan kepada ADMM-Plus Lima Kumpulan Kerja Pakar (EWG) kelapan di China.

Berdasarkan SOP dicadangkan, China akan menjadi tuan rumah bagi mengadakan latihan bersama operasi perangi keganasan untuk anggota dan rakan dialog ASEAN pada 2019.


ADMM Plus satu platform strategik mengadakan dialog dalam isu pertahanan dan keselamatan dalam kalangan ASEAN dan rakan dialog.

Kerjasama ADMM Plus menumpukan lima bidang utama iaitu bantuan kemanusiaan dan bencana, keselamatan maritim, operasi pengaman, perubatan ketenteraan dan perangi keganasan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SOP

Kategori