Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Denggi: Terengganu Catat 11...

DUNGUN - Kes kematian akibat demam denggi di Terengganu terus mencatat peningkatan dengan...

PRN Johor: PH Mendahului...

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) kini sedang mendahului pengiraan bagi Dewan Undangan...

ATM Sedia Bantu Hadapi...

KAMPAR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi dalam sebarang...

Pelayar Negara Kekal Rentak...

LANGKAWI – Pelayar negara meneruskan rentak kecemerlangan dalam cabaran hari kelima acara pelayaran...

Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik

SYARIKAT kenderaan terkenal dari Jerman, Audi hari ini memohon maaf di atas ketidakprihatinan mereka dalam menyiarkan iklan berbaur sensitif seakan merendahkan golongan wanita.

Menjelaskan perkara itu kepada pemberita, Audi berkata pihaknya tidak berniat mahu menyinggung mana-mana pihak.

“Kami meminta maaf kerana sebahagian pengguna tersinggung dengan video berkenaan dan ia bukanlah tujuan kami walau apa jua sekalipun.

“Iklan tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat kereta terpakai dengan usaha sama sebuah lagi syarikat di bawah kelolaan kami,” kata seorang jurucakap Audi kepada portal USA Today.

Iklan berdurasi 34 saat itu menceritakan bagaimana pasangan pengantin baru yang berada di sebuah majlis perkahwinan sedang bersiap sedia untuk melafazkan perjanjian sehidup semati dengan seorang paderi.


Bagaimanapun, ibu kepada pengantin lelaki terbabit terus meluru ke hadapan bagi melakukan ‘pemeriksaan terakhir’ terhadap bakal menantunya lalu dibeleknya setiap wajah dan tubuh wanita terbabit.

Si ibu itu pada mulanya seakan berpuas hati dengan fizikal bakal menantunya itu sehinggalah terperasan di bahagian dada pengantin yang kelihatan agak ‘rata’.

Iklan itu kemudian terus memaparkan sebuah kereta Audi model A3 yang melintas laju dengan bersuara latarkan; ‘keputusan yang penting perlu dilakukan dengan teliti’ sebelum berakhir.

Sehingga kini, iklan itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya di laman sosial China ekoran beranggapan golongan wanita tempatan adalah kurang ‘menarik’ berbanding wanita dari luar negara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori