Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Kereta Kebal Di...

PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke...

Malaysia Pencetak Al-Quran Kedua...

PUTRAJAYA - Kompleks percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia Nasyrul Quran di sini yang...

Boling Padang: Berpasangan Lelaki...

SKUAD boling padang negara meraih emas keempat dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur...

Jangan Panik Saman DoJ...

BANGI - Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan...

Awas! Negara Kurdis YPG Alat AS di Asia Barat

SETELAH gagal membentuk proksi yang prominan dalam krisis perang sivil Syria sejak 2012, AS kini beralih strategi dengan menyokong pejuang Kurdis.

Syria Liberation Army (SLA) yang ditaja AS dan sekutu Barat gagal menguasi Syria dalam perang pelbagai penjuru menentang Bashar Assad. Malah, SLA yang juga membentuk kerajaan buangan di Lubnan – hanya melukut di tepi gantang dalam perang penguasaan wilayah di Syria.

Kebangkitan Daesh dan pejuang Nusrat menjadi musuh utama Bashar lebih dominan Syria. Malah, AS terpaksa menyertai Rusia dalam memusnahkan kem IS di Raqqa.

AS tersepit kerana ancaman ideologi Daesh berjaya menular di sel Eropah dan bumi AS sendiri.

Kenapa AS sokong pembentukan negara Kurdistan?

Parti Pekerja Turki (PPK) ialah gerakan pejuang Kurdis yang melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1984. Sejak itu, era kepimpinan PPK di bawah pimpinan Ahmad Ocalan mencetuskan banyak ketegangan di sempadan antara minotiri Kurdis dan tentera Turki.

PPK pada era Ahmad Ocalan dalam dekad lapan puluhan disokong komunis Moscow.

Kini, AS menawarkan kepada minoriti Kurdis di Utara Syria peluang membentuk sebuah negara. Ia taktik untuk menggalakkan kebangkitan penyatuan etnik Kurdis di Syria dan Selatan Turki.

Apa agenda AS?

Turki dibawah kepimpinan Raccep Erdogan menjadikan Ankara titik kebangkitan Islam di Eropah. AS gagal mengekang pengaruh Erdogan melalui perang saraf dengan pelbagai reformasi jalanan. Malah, AS juga gagal menjatuhkan Erdogan melalui rampasan kuasa tentera.


Apa yang AS perlukan sekarang?

Pastinya idea membentuk negara Kurdistan. Ini penting kerana apabila puak Kurdis di Syria dan Turki pasti mahu bergabung untuk memiliki negara merdeka. Ketegangan ini bererti AS memiliki aset tambahan untuk mengganggu kestabilan Turki.

“Kami tidak akan berdiam diri dengan sokongan persenjataan kepada kumpulan penganas di sempadan kami,” kata Erdogan ketika berucap pada penutup Sidang G20 di Hamburg kelmarin.

Ia mesej tegas dan jelas kepada AS untuk tidak menjadikan Unit Pertahanan Rakyat Kurdis (YPG) di Utara Syria sebagai alat menimbulkan kekacauan di sempadan Turki.

YPG disifatkan AS sebagai komando perang darat terbaik dalam menentang rejim Bashar.

Sokongan AS mengenai pembetukan Kurdistan jelas dengan cepat mendapat reaksi pejuang Kurdis di Turki. Parti Rakyat Republikan (CHP) berikrar, akan menentang Erdogan habis-habisan.

Pemimpin CHP, Kemal Kilicdaroglu menyatakan secara terbuka dalam perhimpunan tunjuk perasaan di Istanbul semalam.Ā – MYNEWSHUB.CC

Kategori