Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gobind Minta TM Serah...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta Telekom Malaysia...

TMJ Tanggung Pembedahan Anak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kepada Tunku...

Tindakan Tegas IPTS Langgar...

TELUK INTAN - Kementerian Pendidikan Tinggi akan bertindak tegas terhadap mana-mana Institusi Pengajian...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Awas Penyeludupan Di Sempadan M’sia-Thai Di Kelantan

KOTA BHARU – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang aktiviti penyeludupan lembu dari negara jiran terutama menjelang Hari Raya Aidiladha yang menyaksikan permintaan bekalan lembu untuk upacara korban meningkat.

Komander Aksem Kelantan Mohd Asri Yahya berkata pihaknya percaya penyeludup akan tetap mencari jalan untuk membawa masuk lembu daripada negara jiran itu menggunakan laluan darat di sempadan walaupun kebanyakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok ditutup oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita percaya penyeludup yang arif mengenai laluan haram di kawasan sempadan tersebut tetap berusaha menyeludup lembu ke negeri ini dan akan memulakan aktiviti tersebut mulai sekarang bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan sempena Hari Raya Korban nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri Aksem bersama pelanggan dan media di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata harga lembu yang murah di Thailand iaitu kira-kira RM3,000 seekor berbanding lebih RM4,000 seekor di negeri ini antara faktor utama berlakunya penyeludupan ternakan tersebut.


Sehubungan itu, Aksem akan menggerakkan 158 anggotanya bersama anggota penguatkuasa agensi lain untuk memperketatkan kawalan di sepanjang Sungai Golok terutama di sekitar Bukit Bunga dan Tanah Merah yang dikenal pasti antara laluan lazim penyeludupan lembu.

Sementara itu, katanya jumlah keseluruhan rampasan yang dilakukan Aksem dalam tempoh enam bulan tahun ini (Jan hingga Jun) bernilai RM9.2 juta melibatkan 132 kes  berbanding RM7.5 juta dan 174 kes  dalam tempoh sama tahun lepas.

Katanya rampasan tertinggi membabitkan minuman keras, rokok dan tembakau bernilai RM5.8 juta manakala rampasan kenderaan termasuk kenderaan klon bernilai RM2.2 juta serta rampasan mercun dan bunga api berjumlah RM804,000. – BERNAMA

Kategori