Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Bantah Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang membantah cadangan kerajaan untuk meminda Akta Hasutan 1948...

PAN Masih Meroyan Kalah...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan masih enggan menerima hakikat bahawa calon mereka...

1,973 Sembuh, 3 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Kes sembuh akibat Covid-19 yang direkodkan, hari ini lebih tinggi...

Kritik Pramugara Di Laman...

GARA-GARA mengkritik cara kerja seorang pramugara Air Asia, teruk penyanyi Ainan Tasneem dikritik...

Banduan Dibenarkan Keluar Penjara Untuk Suntik Botox

HEBAT wanita ini. Walaupun dipenjarakan selama enam tahun kerana merompak dan mengugut mangsanya, namun dia dibenarkan keluar dari penjara selama untuk menjalani rawatan botox di sekitar mata dan kening.

Luccia Amerecco, dari Leicestershire, dihukum penjara selepas dia dan teman lelakinya merompak seorang lelaki.

Dia yang menghidap bipolar turut mengugut mangsa dan merompak wang sebanyak RM1,584.

Namun ketika di penjara, Luccia mendedahkan dia dibenarkan keluar untuk sementara bagi menjalani rawatan botox bernilai RM1,400 dan mendapatkan rundingan untuk membesarkan payu dara.

Bekas penagih dadah itu memberitahu keistimewaan itu diperolehinya selepas dia berpoya-poya dengan pengawal di situ.

“Pada mulanya saya mendapat reaksi positif (daripada banduan lain) namun tidak lama kemudian berlakulah cemburu. Mungkin sebab mereka tidak pernah memikirkan mengenainya,’’ kata Luccia kepada Sunday Mirror.


Luccia turut menyatakan dia terkejut kerana dibenarkan keluar.

“Saya tidak percaya dibenarkan keluar untuk mendapatkan botox. Saya membayar sendiri kosnya melalui gaji yang diperolehi hasil di penjara,’’ katanya yang menyimpan RM84 seminggu bagi kerja mencuci dan melayan banduan di dewan makan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori