Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cinta Fathia Latiff, Aiman...

BARU-BARU ini, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu hubungan cinta antara pelakon Fathia Latiff...

Banjir Di Pahang, Terengganu,...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan...

Jadikan Emas Pertama Pembakar...

KUALA LUMPUR - Kemampuan skuad chinlone meraih emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur...

Jualan Motor Kapcai Naik...

JANGKAAN... Boon Siew Honda Sdn. Bhd. tidak menolak kemungkinan jualan motosikal murah atau...

Barca Enggan Lawan United Lagi

ERNESTO Valverde berkata dia tidak mahu pasukannya, Barcelona bertemu dengan Manchester United di Liga Juara-Juara musim ini.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Barca mengalahkan pasukan Jose Mourinho 1-0 dalam persahabatan pra-musim di FedEx Field, Khamis.

Neymar yang kini dikaitkan dengan Paris Saint-Germain dengan perpecahan rekod dunia menjadi wira dalam perlawanan tersebut. Dia menjaringkan gol tunggal pada minit ke-32.

Pemain Brazil tersebut juga meledakkan dua gol minggu lalu ketika Barca mengalahkan Juventus 2-1 dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Juventus di New Jersey.

“Neymar sangat gembira, dia bercakap dengan beberapa rakannya dari Manchester,” kata Valverde memetik espnfc.com.

“Dia di sini bersama kami dalam keadaan baik.”

Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar menunjukkan persembahan mengagumkan pada babak pertama, memaksa David De Gea melakukan enam penyelamatan.


Tetapi, United juga mendapat peluang yang sama, apabila Jasper Cillesen dipaksa menyelamatkan beberapa gol.

“Kami gembira dengan perlawanan ini dan menang melawan pasukan seperti Manchester yang mempunyai kekuatan besar,” kata Valverde.

“Saya memandang Manchester United sebagai pasukan hebat dan serius, mungkin masa mereka belum tiba, tetapi mereka juara Liga Europa (musim lalu) dan kembali ke Liga Juara-Juara tahun ini.

“Mereka pasukan yang kuat, pesaing untuk semua perlawanan, saya rasa mereka akan menjadi pasukan yang sukar dikalahkan di Liga Perdana dan Eropah. Saya tak mahu bermain (melawan mereka) di Liga Juara-Juara,” katanya. – mStar Online

Kategori