Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan 34: Malaysia Hanya...

PORT DICKSON - Penyertaan Malaysia dalam Pakatan 34 negara Islam yang diketuai Arab...

Nur Dinie, Hidap Influenza...

PONTIAN - Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain,7, yang disyaki...

Suami Gembira Yana Samsudin...

PELAKON dan pengacara Yana Samsudin mengejutkan ramai bercampur gembira apabila tampil dengan imej berhijab...

PRK Kuala Kangsar: 23...

KUALA KANGSAR - Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk Pilihan...

Barisan Kepimpinan Pakatan Harapan ‘Berkecamuk’

LENGGONG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pembentukan barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebagai ‘berkecamuk’ tanpa adanya hala tuju perjuangan sebenar.

Beliau berkata barisan kepimpinan pakatan pembangkang itu juga nampak tidak menentu dengan melakukan pelantikan secara semborono.

“Berkecamuk. Sekarang pun pemimpin pun main semberono, dia pakai lantik tiga orang itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail)…yang lain apa ceritanya?

“Mana nak letak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, mana nak letak Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mana nak letak Tan Sri Muhyiddin Yassin. Itu semua menjadi tanda tanya,” kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas merasmikan penutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini, hari ini.

Khamis lepas, Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Dr. Mahathir sebagai Pengerusi manakala Dr. Wan Azizah sebagai Presiden.

Menjelas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata kepimpinan Pakatan Harapan jelas mencerminkan matlamat menghalalkan cara.

“…dan nama-nama yang disenaraikan itu (Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir dan Dr. Wan Azizah) dahulu dihujahkan kepada kita sebagai tidak layak menjadi pemimpin, hari ini dilantik pula sebagai pemimpin Pakatan Harapan.


“Saya kurang yakin sama ada mereka ini serius atau hanya melakukannya kerana ‘the marriage of convenience’ (atas dasar kepentingan), saya rasa nama tadi dipergunakan atau diperalatkan.

“Saya rasa Anwar diperalatkan untuk dilantik sebagai perdana menteri kerana hujah secara pokoknya dan pada pandangan peribadi saya, beliau tidak layak. Apakah sekarang ini dah taubatkah?” katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA

Kategori