Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanya 5 Sektor Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan lima sektor ekonomi perlu beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan...

TKSU KKMM Shakib Ahmad...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shakib Ahmad Shakir...

Rafizi Sedar Risiko Dijatuhkan...

KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau masih mempunyai...

Goh Leong San Tak...

MELAKA - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Goh Leong San yang keluar...

Baru Seminggu Operasi, Sudah Ada Yang Rosak

BARU seminggu beroperasi sepenuhnya, namun sudah ada cerita yang tidak enak tentang MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Pemilik projek mega tersebut terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan vandalisme.

Pengguna yang tidak bertanggungjawab turut membuang sampah termasuk puntung rokok dan memecahkan lampu di kawasan stesen MRT sekaligus mencalarkan imej projek pengangkutan awam yang bernilai RM21 bilion itu.

Kesan calar ditemukan dibeberapa tempat duduk di sekurang-kurangnya empat stesen bawah tanah iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka dan Bukit Bintang.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah (gambar).

Status yang dimuat naik oleh Najmuddin di Facebook pada Ahad.

MRT Corp merupakan pemaju dan pemilik projek tersebut, manakala Rapid Rail Sdn. Bhd. pula adalah operator jajaran itu.

Tambah Najmuddin, pemeriksaan yang lebih teliti mendapati kesan vandalism pada bangku-bangku tersebut bukanlah disebabkan oleh beg atau objek lain.


Beliau berpandangan bahawa rekaan bangku yang dipilih merupakan rekaan terpilih menerusi pertandingan yang dianjurkan dalam kalangan pelajar dan begitu menyerlah sekaligus menarik minat pengguna tidak bertanggungjawab untuk merosakkannya.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak berlaku pada rekaan bangku yang biasa yang diletakkan di stesen atas tanah.

“Apabila berdepan dengan masalah berkaitan MRT, salah satu masalah utama yang perlu dihadapi adalah vandalisme dan ia semakin menjadi-jadi.

“Kami terpaksa mengalihkan bangku itu dan membaikinya. Setakat ini, MRT Corp sudah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk tujuan itu,” katanya. – mStar Online

Kategori