Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Juruwang Nyaris Maut, Tembakan...

KUALA TERENGGANU - Seorang juruwang warga asing sebuah stesen minyak di sini nyaris...

Banduan Akhir Islam Jalani...

ALABAMA - Banduan akhir Islam dihukum mati kelmarin seperti dijadualkan pada asalnya, selepas...

Tiada Kebocoran Maklumat Oleh...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan...

Nama Anak Kim K,...

SETIAP ibu bapa pastinya mahu memberikan nama yang terbaik dan sedap dipanggil buat...

Batu Caves Lokasi Pameran MV Agusta Terbaharu

BATU CAVES – Moto Varese Asiatic Holdings Sdn. Bhd., pengedar tunggal motosikal berkuasa tinggi MV Agusta di Malaysia secara rasminya membuka pusat pameran terbaharu, MV Agusta Malaysia Life Style Center di sini hari ini.

Hadir merasmikan pembukaan ialah Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Mohamad Dalib, bersama Pengarah Pemasaran dan Jualan MV Agusta, Raffaele Giusta dan turut disertai, Pengerusi Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd., Hu Ying.

Menurut Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic, Mohamad Zamry Abu Samah berkata bilik pameran eksklusif baharu yang lengkap dengan pusat 3S itu akan ditumpukan kepada aktiviti jualan dan pusat servis buat jenama ini.

“Di sinilah rumah baharu dan pusat operasi rasmi MV Agusta Malaysia dan secara perlahan-lahan akan dikembangkan ke seluruh negara.

“Sebagai permulaan, sebanyak enam varian terkini MV Agusta yang dipasang secara CKD akan berada di bilik pameran ini.

Mohamad Zamry Abu Samah

“Manakala yang selebihnya akan dibawa masuk secara berperingkat, mungkin sebelum hujung tahun ini dan kesemua 12 varian akan berada di bilik pameran ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DNC Asiatic Holdings dan Moto Varese Asiatic.

Keenam-enam model premium keluaran Itali itu adalah Brutale 800, Brutale 1090, Dragster 800rr, Tourismi Veloce 800, Tourismo Veloce 800 Lusso RC dan F4rr dijual pada harga yang bermula dari sekitar RM90,000.

Sehingga kini sebuah pengedar di utara tanah air telah dilantik sebagai pengedar rasmi MV Agusta Malaysia dan dijangka dua atau tiga lagi akan dibuka sebelum hujung tahun ini.

“Rakan pengedar iaitu KB Soon Huat Motor di Pulau Pinang telahpun dilantik sebagai pengedar rasmi dan pusat MV Agusta di Utara dan sekiranya tiada halangan, akan dibuka tiga lagi pusat di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan mengembangkan lagi capaian pelanggan dengan menambah pengedar sah di setiap wilayah di Semenanjung Malaysia, sebelum dikembangkan lagi ke Sabah dan Sarawak.


Turut diberi penekanan adalah mengenai keluhan pelanggan sebelum ini mengenai harga alat ganti MV Agusta yang dianggap terlalu mahal.

“Kami sedar dua perkara tersebut telah menghantui para pemilik motosikal dan juga bakal pembeli sebelum ini.

“Oleh itu di hari yang bersejarah ini, MV Agusta Itali telah bersetuju untuk menurunkan harga alat ganti hingga ke tahap yang tidak membebankan pemilik motosikal,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Jualannya, Raffaele Giusta berkata Malaysia berpotensi menerajui pasaran motosikal serantau berikutan beberapa langkah yang diambil kerajaan.

Raffaele Giusta

Menurutnya, pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia khasnya begitu memberangsangkan berikutan tempahan dan jualan motosikal MV Agusta begitu positif dari tahun ke tahun.

Barisan model MV Agusta sebelum ini diedarkan oleh Mofaz Motosikal Sdn Bhd menerusi Chear Motor Sdn. Bhd., namun begitu pada November tahun lalu, hak pengedaran MV Agusta diberi kepada Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd., anak syarikat DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd., yang juga syarikat induk Demak Motor.

Peralihan hak pengedaran itu membuka lembaran baharu bagi motosikal jenama Itali itu yang mana menyaksikan cadangan pengeluaran lebih banyak model CKD, selain daripada tekad pengedarnya untuk mengembangkan lagi cawangan jualan serta memantapkan perkhidmatan selepas jualan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori