Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Statut Rom: Tommy Thomas...

KUALA LUMPUR – Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menjejaskan raja-raja yang...

Malaysia Sudah Keluar Dari...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasminya telah mengeluarkan Malaysia daripada...

Gadis Jelita Maut Remaja...

SEORANG remaja berusia 12 tahun yang cuba membunuh diri dengan melompat dari ketinggian...

Indonesia Bakal Muncul Juara...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo mahu atlet Indonesia membuktikan kesungguhan untuk muncul sebagai...

Bayi Nazak Selepas Ibu Minta Doktor Hentikan Rawatan

BARU berusia lapan bulan, namun si kecil Sun Menghan telah menjalani enam pembedahan dan kini terpaksa berjuang untuk hidup.

Sun yang berasal dari China, mengalami penyakit congenital biliary atresia, keadaan di mana saluran hempedu disekat dan boleh menyebabkan kegagalan hati.

Disebabkan keadaan itu, ibu bapanya telah meminta doktor menghentikan rawatan ke atas bayi berkenaan pada Januari lalu, iaitu ketika dia berusia tiga bulan.

Mereka memberitahu doktor bahawa daripada menghabiskan wang untuk merawat Menghan yang mana tidak ada jaminan dia akan sembuh, maka lebih baik mereka mencuba untuk mendapat anak lain.

Kedua-duanya kemudian menghilangkan diri manakala Menghan dihantar ke rumah datuk dan neneknya di Xinjiang.

Kini Menghan dijaga oleh datuk dan neneknya yang berusaha sebaik mungkin untuk membiayai kos perubatan dan memberikan sokongan kepada cucu mereka.

Pada 4 Julai lalu, pembedahan pemindahan hati telah dijalankan tetapi gagal kerana tubuh Menghan menolak hati baru itu. Dua pembedahan kemudiannya dijalankan dan kini dia ditempatkan di dalam ICU.


Datuknya ketika ditemui media, ternyata amat kecewa dengan perbuataAn anak lelaki dan menantunya yang sanggup meninggalkan anak mereka begitu sahaja.

Bapa Menghan bekerja kilang manakala ibunya adalah suri rumah. Hanya selepas media memberikan liputan khas ke atas anak malang itu, barulah ibunya berubah sikap.

Buat masa ini, ibunya menjaga abang Menghan di rumah mereka di Anhui. Memandangkan semua kos perubatan ditanggung oleh datuk dan neneknya, maka satu badan kebajikan telah melancarkan kempen untuk mengutip derma bagi membantu Menghan.

Walaupun kos perubatan telah mencecah RM320,000 namun doktor dan badan kebajikan tersebut berjanji untuk melakukan sebaik mungkin bagi menyelamatkan Menghan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori