Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Maut Dihempap Pokok

LUMUT - Seorang wanita maut selepas dihempap pokok yang tumbang ke arah gerainya...

Raja Salman Benarkan Wanita...

RIYADH/WASHINGTON - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz semalam mengarahkan supaya wanita dibenarkan...

Inilah 6 Adi Wira...

TAHUKAH anda sebenarnya ada enam watak superhero atau adi wira dalam siri komik...

Mahathir Malu Nafi Ada...

KANTOI... Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti tipu rakyat apabila menafikan konon...

‘B*bi! Kau Tikam Mak Aku!’

MARAN – Seorang wanita warga emas cedera selepas ditikam anaknya sendiri gara-gara tidak berpuas hati dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah minggu lalu.

Lapor Harian Metro, dalam kejadian jam 6.45 petang di Felda Jengka 10, mangsa berusia 64 tahun cedera di rusuk dan paha kiri serta belakang badan, dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, sebelum kejadian itu berlaku, suspek berusia 40 tahun itu membawa sebaldi air sungai ke dalam rumah dan memaklumkan mahu mencuci tikar getah.

“Mangsa melarang suspek yang juga seorang penganggur berbuat demikian kerana hari sudah gelap. Mangsa kemudian masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

“Sebaik saja keluar dari bilik air, suspek terus bertindak menikam mangsa menyebabkan mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong,” katanya.

Jeritan mangsa itu didengar oleh jiran dan bertindak menolak suspek yang kelihatan agresif, sebelum membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Mazlan, suspek yang dipercayai melakukan perbuatan itu di bawah pengaruh dadah kemudian melarikan diri.

Tetapi berjaya di tahan di tepi jalan utama oleh anggota polis dengan bantuan orang awam kira-kira setengah jam kemudian.


Pemeriksaan pada badan suspek, polis menemui sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan awal polis melaporkan, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dilarang oleh ibunya dari membasuh tikar getah itu.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai tujuh kesalahan lampau yang kebanyakkannya membabitkan kesalahan dadah.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Sementara itu menjadi tular di media sosial, video suspek dibelasah oleh adik lelakinya sendiri.

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan si adik membelasah abangnya bertubi-tubi dan orang ramai yang di sekeliling hanya menyaksikan kejadian itu tanpa campur tangan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori