Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jersi Baharu Skuad Bola...

BUTTERWORTH - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu skuadnya bagi...

Mahkamah Rayuan Bebas Cif...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai polis hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan...

Angkasa Tunggu Khabar Gembira...

KUANTAN – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengharapkan Bajet 2018 yang akan...

MAHA 2018 Ketengah Penting...

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 yang akan...

Bekas Isteri Kedua Adi Putra Ke Mahkamah Lagi

SEREMBAN – Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.

Norshahida Zolkifly, 34, yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.


Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada.

Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori