Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Kekal, Tapi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

GAMBAR: Wah.. Sharnaaz Ahmad...

KERJAYA sebagai seorang artis, tidak dinafikan ada pasang surutnya.Mungkin ini yang menjadi pemangkin...

Izzue Enggan Bersentuhan Aktres...

ANAK jati kelahiran Kelantan Izzue Islam atau nama sebenar beliau Muhammad Izzul Islam...

32,070 Kes Baharu Covid-19...

PUTRAJAYA – Dua hari berturut-turut negara merekodkan kes jangkitan harian melepasi angka 30,000...

Bekas Pekerja TNB Batu Pahat Disyaki Rasuah

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan seorang bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Batu Pahat kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pemilik restoran pada tahun lepas.

SPRM dalam kenyataan di sini berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di  Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat kira-kira 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan berhubung kes terbabit.

Menurut SPRM, berdasarkan hasil siasatan, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM3,200 itu daripada pemilik restoran sebagai  dorongan mempercepatkan proses pemasangan meter elektrik di premis restoran terbabit pada Ogos 2016.

Ketika kejadian, suspek bertugas sebagai penolong Juruteknik Tingkatan Kanan di Bahagian Pemotongan Meter Elektrik, TNB Cawangan Batu Pahat namun telah diberhentikan sejak Mac tahun ini berikutan laporan kes terbabit.


Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau  RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Kategori