MENUJU aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), kerajaan telah menggunakan pendekatan yang agak berbeza berbanding sebelum ini.
Jika dahulu belia tidak diberi peluang yang luas untuk menzahirkan pandangan mereka mengenai isu-isu berkaitan politik atau dasar-dasar kerajaan, kini TN50 dijadikan platform baharu untuk berinteraksi dengan belia secara lebih dekat dan terbuka.
Kenapa belia?
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013, anggaran penduduk berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, belia adalah golongan paling ramai di Malaysia.
Bagi kumpulanIaitu umur 20 hingga 24 sahaja, jumlahnya dianggarkan 2.92 juta orang. Dalam kategori ini, 1.5 juta lelaki dan 1.4 juta wanita.
Justeru, belia menjadi tunggak utama TN50.
Pada era teknologi ini, semua maklumat berada di hujung jari. Platform untuk anak muda bersuara lebih luas dan sejajar dengan risiko yang dihadapi.
TN50 diperkenalkan bukan sahaja untuk mempromosi sisi baik teknologi. Malah, untuk mempromosi cara terbaik bagaimana teknologi yang ada kini dapat digunakan untuk meledakkan kelangsungan pembangunan negara.
Tidak dinafikan dalam IT umpamanya, ancaman ‘keyboard warrior’ yang pasif akan turut mengabui peranan belia yang berbakat. Terutama dalam konteks, mengekspresikan pandangan melalui blog, video di Youtube, atau media sosial.
Namun, dengan persepsi yang betul, bakat muda TN50 akan memberi keuntungan kepada negara.
Sikap keterbukaan kerajaan yang bersedia berinteraksi dengan anak muda juga langkah terbaik dalam memberi peluang kepada mereka untuk terus menyumbangkan bakat mereka untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.
Belia pula harus sedar dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara di masa hadapan.
Kini era 4.0 sudah bermula, kemudahan teknologi bertambah maju, era intelek anak muda Malaysia bakal menyusul. Tiada yang lebih hebat dari intelek para anak muda yang sentiasa berkembang dan lebih maju daripada perkembangan teknologi.
Oleh: Nadia
#laskarmalaya