Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Bumbung Enam Rumah Diterbangkan...

BAGAN SERAI - Bumbung enam buah rumah di Kampung Parit Simpang 5, Alor...

BNM Serbu Koperasi DinarDirham,...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu pejabat Koperasi DinarDirham Bhd....

Kelantan Jangka KB Sentral...

DUN KELANTAN | Kerajaan Kelantan menjangkakan pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu...

Usul AS Bela Israel...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York - Solusi Washington yang diperjuangkan oleh Duta...

Belum Berhasrat Ubah Harga Minyak Secara Harian

KUALA LUMPUR – Kerajaan setakat ini belum berhasrat untuk menukar mekanisme penetapan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan kepada harian, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata formula penetapan harga bahan api yang dicadangkan oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini juga memerlukan masa serta penelitian secara menyeluruh.

“Elok kita bagi sedikit masa untuk KPDNKK menyelaras bagaimana (penetapan) mekanisme perubahan harga mingguan ini.

“Jika dilaksanakan mengikut penetapan harga harian, ia memerlukan persediaan yang rapi manakala pengusaha dan pemilik syarikat minyak juga perlu membuat persiapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Johari berkata penetapan harga minyak secara mingguan akan diteruskan buat masa ini sehingga keputusan lebih baik dapat dicapai yang dapat memberi faedah kepada semua pihak termasuk rakyat serta kalangan pengusaha bahan api berkenaan.


“Penetapan harga minyak mingguan setakat ini nampak ‘ok’ dah. Semua orang boleh mendapat manfaatnya.

“Pada akhirnya kelak, kerajaan tidak mahu ambil duit daripada pengguna. Kalau harga minyak jatuh, pengguna mesti mendapat manfaat dan begitu juga kalau harga minyak naik bermakna pengguna kena menanggungnya (kesan kenaikan),” katanya. – BERNAMA

Kategori