Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Bukan Lagi Anggota...

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi anggota...

Murid Tahun 2 Dicabul...

KUALA TERENGGANU - Seorang murid perempuan tahun dua di sebuah sekolah rendah di...

Tiada Perkataan ‘Royalti’ Dalam...

PASIR PUTEH - Tiada perkataan “royalti” yang tertulis dalam perjanjian antara Petroliam Nasional...

Malaysia Tak Tawar Kemudahan...

KUALA LUMPUR - Malaysia menafikan menawarkan kemudahan ketenteraan kepada Amerika Syarikat (AS) bagi...

Kepimpinan Selangor: Ambil Serius Laporan Rafizi

PUTRAJAYA – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil perhatian sewajarnya terhadap laporan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengaitkan kepimpinan kerajaan Selangor dengan rasuah wang dan wanita.

Presiden GAUM Zulkarnain Mahdar berkata Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu pada 30 Mei tahun lepas, namun sehingga kini SPRM masih tidak menyatakan perkembangan siasatan berhubung tuduhan tersebut.

“Dakwaan Rafizi selaku naib presiden PKR  tidak boleh dipandang ringan kerana sudah tentu dia mempunyai maklumat berkenaan amalan rasuah oleh pimpinan kerajaan negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum itu di ibu pejabat SPRM, di sini hari ini.

Zulkarnain berkata memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah (Bahagian Komunikasi Strategik) SPRM Kamaruddin M. Ripin.

Memorandum itu antara lain mencadangkan SPRM menubuhkan pasukan tindakan khas bagi menyiasat dakwaan Rafizi itu memandangkan kerajaan negeri Selangor mempunyai rizab kewangan yang tertinggi di negara ini.

Pada 30 Mei 2016, Rafizi tampil di Ibu Pejabat SPRM bagi membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung salah laku pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta individu-individu yang didakwanya terlibat.

Selain kes itu, Zulkarnain berkata memorandum tersebut turut meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadap bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan pemberian projek kepada seorang kontraktor Datuk Peter Anthony.


Katanya GAUM telah membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu pada 8 Mac lepas namun sehingga kini kedua-dua individu terbabit masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Laporan itu dibuat susulan pendedahan sebuah blog yang mendakwa berlaku penyalahgunaan dana dalam projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah yang bernilai RM100 juta.

Menurut blog tersebut, tender projek itu yang dikeluarkan semasa Mohd Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sepatutnya siap pada September 2015 masih bermasalah dan bekalan air gagal disambungkan kepada penduduk yang disasarkan. – BERNAMA

Kategori