PIHAK Brightstar telah mengesahkan Blackberry KeyOne hadir secara rasmi di Malaysia dengan harga RM2,688.
Telefon pintar KeyOne mengekalkan rekaan papan kekunci fizikal QWERTY dan ia sepenuhnya beroperasi pada Android 7.1 Nougat.
Hadir dengan skrin 4.5 inci HD penuh bersama kamera Sony 12 megapiksel di belakang dan lapan megapiksel untuk kamera depan.
KeyOne turut dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625, memori sebesar 3GB Ram dan storan 32GB.
Menurut laporan portal Crackberry, ia dikatakan menjadi menjadi telefon Android paling selamat di dunia ekoran menggunakan aplikasi keselamatan DTEK.
Sementara itu, bateri sebesar 3505 mAh dijanakan menbuatkan KeyOne punyai kadar kapasiti bateri yang mampu bertahan agak lama, setanding dengan peranti premium yang lain.
Tempahan atas talian kini telah dibuka menerusi laman Lazada atau 11Street, dan setiap tempahan yang bertuah, akan menerima satu eksesori percuma daripada pihak Brightstar. – MYNEWSHUB.CC