Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Annuar Musa Janji Sokong...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Ketereh, Tan Sri Annuar Musa...

357 Pekerja Kilang Bekal...

RAWANG  - Kira-kira 150 orang kakitangan bukan eksekutif syarikat pembekal senjata dan bahan...

Parlimen: 3 Tahun Untuk...

KUALA LUMPUR - Penternak babi tempatan diberi tempoh tiga tahun bermula tahun ini...

Dengan RM15, Pengunjung Boleh...

ALOR SETAR - Dengan hanya membayar RM15, seseorang boleh makan seberapa banyak mangga...

Bomba Bidas Kenyataan Biadab “Acah Pandai”!

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membidas kenyataan biadab seorang wanita berhubung isu anggotanya tidak buka kasut ketika menjalankan tugas di rumah bapanya.

Pihak JBPM dalam satu kenyataan malah menjelaskan bahawa kasut adalah salah satu alat keselamatan kepada seorang penyelamat yang tidak boleh ditanggalkan sesuka hati.

“Pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah satu P.P.E (Personal Protecting Equipment) kepada seorang penyelamat, oleh hal demikian kebiasaannya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.

“Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah, jika menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa.

“Jika anda diberi pilihan ancaman atau keselamatan yang mana anda utamakan?” soal pihak JBPM menerusi satu posting di Facebook rasmi jabatan itu yang disiarkan semalam.

Kenyataan itu mendapat sokongan banyak pihak yang merasakan wanita berkenaan agak melampau dalam mempersoalkan kesungguhan pihak berkenaan.

“Lepas ni klau ada org col nk tngkap binatang berbisa, kna tnya dlu kna buka kasut ke x. klau dia ckp kna bka kasut hrap pihak bomba or jpam bgtaw suh pngil nurse or cikgu je y p tngkap,” sindir pengguna bernama Zare Meer.


Wan Quzaiah pula berkata; “habis kalo umah ko terbakor kene tanggal kasut jugak la nak padam api kat dalam tuh…..huh!!…kalo polis kejar penjahat masuk umh ko dgn pakai kasut..mesti Ko keluar status ‘BUKAN BOMBA PON NK TANGKAP ULAR’.”

Wanita berkenaan pada asalnya mempertikai tindakan pasukan bomba yang tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular sawa di kediaman bapanya.

“Datang tangkap ular sawa di rumah ayah saya, geramnya dengan tak buka kasut (terus) naik atas rumah, alasan sebab tugas gila ka bomba ni?” tulis wanita berkenaan di laman Facebook miliknya.

Ekoran kejadian tersebut, JBPM telah memuat naik satu artikel tentang etika pemakaian kasut selain memuat naik apa “kegunaan” kasut”. – MYNEWSHUB.CC

Kategori