Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Ikut Rapat Sondol...

KUALA LUMPUR - Hasrat empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mahu membantu...

Kes Baharu Covid-19 Melepasi...

PUTRAJAYA - Kes baharu hari ini melonjak kepada 7,654 kes, menjadikan jumlah kes...

Anwar Tidak Berhasrat Sertai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhasrat menyertai Kabinet selepas dilantik...

Akibat Gangguan, Harga Grab...

KECOH... Semua perjalanan yang dilakukan menerusi Grab di Singapura berharga S$6 (RM18) semalam...

Bomba Tubuh Pasukan Khas Sempena Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan pasukan khas sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku musibah seperti kebakaran dan ancaman keganasan semasa Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata pasukan itu merangkumi 680 anggota dan pegawai.

“Mereka mempunyai pelbagai kepakaran kerana datang dari pasukan seperti Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT), Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Unit Skuba dan Unit Udara.

“Sebanyak 91 jentera bomba akan ditempatkan di lokasi strategik bagi mencapai masa respons yang terbaik sekiranya sesuatu insiden dan kecemasan berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar kesiapsiagaan pasukan respons kecemasan hotel-hotel.

Soiman berkata pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas lapangan terbang, hotel, pusat media dan lokasi acara bagi memastikan keselamatan bangunan dan peralatan kebakaran berada dalam keadaan terbaik.


Selain itu JBPM akan menempatkan anggota di setiap 66 premis hotel yang terlibat dalam penganjuran temasya itu, katanya.     – BERNAMA

Kategori