Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

8 Anak Kapal TUDM...

KUALA LUMPUR - Lapan anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

Turun Penarafan Fitch Cerminkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan Fitch Ratings menyemak turun penarafan Malaysia sebenarnya turut mencerminkan...

Kecewa Isu Beli Alat...

TERKILAN dengan artikel menyatakan dirinya membeli alat ujian kehamilan, pelakon jelita Emma Maembong...

New Balance Tak Sensitif,...

PENGGUNA akaun Facebook dikenali sebagai Norhafiz Dellas meluahkan kekesalannya mengenai sebuah premis menjual pakaian...

Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar

BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei bakal mengharamkan penjualan makanan tidak halal kepada umat Islam dengan mewajibkan semua premis memiliki sijil halal, lapor media tempatan.

Di bawah Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017, semua pengusaha dikehendaki memohon Sijil Halal bagi premis makanan atau Permit Halal bagi setiap produk mengikut kesesuaian jenis perniagaan yang dijalankan.

Menurut media negara tersebut, Sijil Halal juga hendaklah dimohon oleh mana-mana individu yang berhasrat memiliki perniagaan penyediaan makanan secara komersial di tempat awam seperti restoran, gerai atau kantin.

Ini juga termasuk dalam kategori bagi mereka yang menjalankan bisnes pembuatan dan penjualan makanan langsung dari rumah dihantar kepada pelanggan terus tanpa melalui mana-mana ejen pemborong atau peruncit.

Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei menjelaskan perkara ini dalam kenyataan dikeluarkan berikutan tersebar tular menerusi media sosial tempatan baru-baru ini yang melibatkan berlaku kekeliruan isu perintah halal tersebut.

Individu yang didapati ingkar boleh dikenakan hukuman denda maksimum B$8,000 (kira-kira RM25,152) dan penjara hingga dua tahun selepas perintah berkenaan dikuatkuasakan secara rasmi menjelang 26 November depan.

Bagi premis yang tetap mahu jual makanan haram tetapi kepada pelanggan bukan Islam, pemiliknya perlu dapat terlebih dahulu surat pengecualian khas daripada Bahagian Kawalan Makanan Halal di kementerian tersebut.

Premis terbabit turut wajib memasang notis makluman di pintu masuk bahawa ia jual makanan tidak halal untuk pengguna bukan agama Islam sahaja dan melarang keras kemasukan pelanggan Muslim menikmati juadah di situ.


Kenyataan turut menekankan Majlis Ugama Islam Brunei boleh mempertimbangkan pengecualian difikirkan patut tertakluk syarat-syarat berdasarkan peruntukan Bab 49(B), Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017.

Manakala perniagaan yang menyediakan makanan bagi diedarkan kepada pemborong dan peruncit atau untuk dieksport juga dikehendaki memohon bagi mendapatkan Permit Halal bagi setiap jenis produk yang dihasilkan.

Pada masa ini, menurut Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2008, harga Permit Halal adalah hanya B$50 (RM157) bagi satu jenis produk malah adalah tidak bertempoh atau tiada tarikh luput.

Bagaimanapun, kadar harga tersebut sedang dalam penilaian semula oleh pihak berkenaan, menurut kenyataan itu lagi, sementara Sijil Halal pula mengenakan caj sebanyak B$90 (RM283) dengan tarikh luput tiga tahun sahaja.

Sehubungan itu, kementerian tersebut mengalu-alukan sebarang maklum balas munasabah disampaikan secara bersopan dan tidak berbaur hasutan atau kebencian mengenai isu halal berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori