Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Taun Ragut 14 Nyawa...

LAGOS - Sekurang-kurangnya 14 maut di kem penempatan sementara di timur laut Nigeria...

Parti Amanah Hina Majlis...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa majlis bagi mengenang pemergian bapa...

Bahaya Air Botol Plastik...

SUDAH menjadi kebiasaan kita menyimpan air dalam kereta kan? Walaupun hanya sebotol? Sedar atau...

Sukan SEA Di Singapura...

SEREMBAN - Penyertaan Malaysia pada Sukan SEA di Singapura Jun depan adalah lebih...

BTN Mansuh Jika Pakatan Harapan Menang PRU14

KUALA LUMPUR – DAP mengumumkan Biro Tatanegara (BTN) yang telah wujud di Malaysia sejak tahun 1974 akan dimansuhkan sejurus sahaja Pakatan Harapan yang diketuai parti itu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Kasthuri Patto mendakwa, kewujudan BTN bakal menganggu usaha Pakatan Harapan untuk menegakkan hak kebebasan dan kesamarataan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini selepas menjadi Kerajaan Persekutuan.

“BTN bukan sahaja membazir dan menyalahgunakan dana awam dengan menggunakan wang pembayar cukai, tetapi bersifat jahat kerana terus mengganggu keamanan, kesetaraan, kebebasan dan keadilan.

“Melepaskan BTN yang bersifat apartheid, rasis dan regresif akan menjadi keutamaan Pakatan Harapan apabila rakyat Malaysia memberi mandat kepada Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan pada PRU14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kasthuri yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan juga mendakwa BTN telah gagal dalam pembinaan negara kerana selari dengan UMNO yang memperjuangkan tentang bangsa dan agama yang beliau anggap sebagai satu diskriminasi.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BTN memainkan peranan dan objektif penting dalam pembentukan minda dan semangat rakyat khususnya generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Perdana menteri berkata, ia sekali gus membantu kerajaan meneruskan kepimpinan atas nama agama, bangsa dan negara selain membolehkan kerajaan Malaysia bertahan untuk tempoh lama selama ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori