SELEPAS gambar mesranya menyambut Hari Raya baru-baru ini bersama seorang lelaki mendapat perhatian peminat, Fiza Halim akhirnya tampil mengakui bahawa dia sebenarnya sudah bernikah.
Fiza, 36, mengakui sudah bernikah dengan Aizat Al Jefri Abdul Kudus yang merupakan seorang juruterbang berstatus duda anak dua itu dalam satu majlis tertutup di kediaman adiknya di Cyberjaya pada Disember tahun lalu.
“Ya memang saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda anak dua pada akhir tahun lalu. Dia merupakan seorang juruterbang di syarikat penerbangan swasta sejak sembilan tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.
Baca:Â Fiza Halim Muat Naik Gambar Raya Bersama Suami Di IG
Tambah Fiza, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan mereka tetapi dia memilih untuk mendahulukan kehendak ahli keluarga.
“Saya bersyukur dan bahagia walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada saya sebelum ini. Saya tidak mahu merahsiakan perkara ini tetapi saya mahu mendahulukan keluarga.
“Biar Allah sahaja yang tahu hubungan ini halal, buat apa nak cerita, bukan semua orang nak mendoakan kita yang baik-baik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fiza berharap perkahwinannya kali ini akan menjadi yang terbaik dalam hidupnya serta meminta agar peminat mendoakan kebahagiannya bersama suami. – MYNEWSHUB.CC