Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keputusan PRK Tanjong Datu...

LUNDU - Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka dapat mengumumkan keputusan pilihan raya kecil Tanjong...

Penentuan Tarikh Pilihan Raya...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Malu Gagal 4 Kali...

BERSIH sebuah pertubuhan haram yang kononnya diwujudkan untuk memperjuangkan proses pilihan raya adil,...

“Semua Tahu Saya Berminat”...

PHILIPPE Coutinho bersuara buat pertama kalinya mengenai betapa hampir beliau menyertai Barcelona. Bagaimanapun bintang...

Bukan Senang Nak Jaga Jantan Kacak Piaraan

MALANG paling sarkartik terhadap wanita ialah apabila terhegeh-hegeh gilakan lelaki kacak.

Apatah lagi, kalau perhubungan disadvantage, ;terutama kalau dah kahwin. Maksudnya, isteri yang hodoh dapat berlaki jantan yang kacak.

Sepuluh kali lebih malang lagi – kalau cinta jantan diperoleh wanita dengan membeli dengan wang dan piaraan.

Apa itu piaraan?

Lebih kurang begini: Sejak bercinta sampai berkahwin, gadis atau isteri, memilih secara rela dan berbangga-bangga untuk menyara si jantan kacak.

Bagi wanita, semua ini OK saja. Wang dan limpahan tajaan bukanlah beban. Malah, ia adalah cara berkesan memenangi cinta jantan yang hensem ini.

Ada kes, jutawanis kahwin lelaki hensem tapi tidak reti bekerja (bukan malas ya… cuma tak pandai bekerja).

Wanita menaja jantan piaraan ini; diberikan kemewahan, cukup makan pakai. Malah, motorsikal besar dan kereta mewah yang harganya bukan kepalang.

Sebagai laki, apa yang menjadi tanggungjawab lelaki ialah: Berlagak bahagia.

Maksudnya: Si jantan atau si suami piaraan ini – hanya perlu berlagak dirinya suami paling bahagia. Si lelaki memainkan peranan untuk memenuhi impian isteri: Menampakkan pada dunia – dengan mengahwininya – si isteri menjadi wanita paling bertuah di dunia.

Jadi si jantan hanya perlu sentiasa buat-buat comel konon bahagialah! Atau berlagak macam dirinya ialah piala hebat milik wanita yang memiaranya.

Sebenarnya, jantan kelas piaraan ini – sukar dijaga. Diberi makan kenyang pun, diberi kemewahan wang dan glamer pun, lelaki ini akan menggatal dalam diam. Sebab hakikatnya: Wanita atau isteri yang membelanya itu, hanya disayangi kerana sumber wang dan kemewahan.

Dalam dunia hari ini banyak wanita berduit merasakan, memiliki jantan hensem sebagai teman atau suami, sama sahaja seperti memiliki beg tangan jenama Birkin atau sebentuk cincin berlian 24 karat.


Wanita berduit percaya: Seperti beg tangan mewah dan cincin berlian, seorang lelaki yang dibeli akan menjadi miliknya. Lelaki yang dipelihara adalah perhiasan dirinya.

Hakikatnya jantan yang dibayar untuk mendapatkan cinta, sama saja seperti anjing peliharaan.

Anjing? Ya! Tak kasar pun. Hanya merujuk pada peribahasa: Seperti melepas anjing tersepit.

Anjing tersepit berbeza dengan peribahasa: Anjing takkan menggigit tangan orang yang memberinya makan!

Apabila membaca kisah-kisah wanita hodoh diperdaya dan dizalimi lelaki piara ini, kita menyedari realiti: Bahawa, isteri yang terkena hanya akan menyedari hakikat ini setelah semuanya sudah terlambat.

Setelah terkena, baru si isteri sedar: Birkin yang dimilikinya ialah jenama tiruan dari China. Atau, cincin berliannya hanya kaca palsu yang berkilauan.

Kita melihat realiti begini sejak dulu. Ambisi wanita hodoh yang berduit mahu memiliki jantan hensem. Bagi wanita jenis ini, nampak kaya pun apa gunanya. Kuasa wang mesti ditafsir sebagai mampu membeli cinta.

Selalunya, jantan piaraanlah yang beruntung. Kerap kali cinta buta wanita, menjadikan lelaki piaraan ini bertaraf dewa. Sekali pun kantoi menipu, atau curang, atau sampai tahap si jantan sanggup menyepak terajang – si isteri tetap memuja dewanya.

Untung. Sangat untung lelaki hensem ini. Sebab wanita jenis ini tetap akan percaya, cinta jantan hensem mampu ditebusnya dengan menambahkan wang dan kemewahan! – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • kacak

Kategori