WOW! Cantiknya collection baru Naelofar hijab ni. Ada bunga bunga cantik sangat…
Nampaknya pemilik jenama tudung Naelofar, Noor Neelofa bakal mengeluarkan koleksi tudung baru yang diberi nama MAYA. Manisnya nama tudung ni, semanis tuannya kan.
Si cantik ini nampaknya tidak sanggup lagi untuk menyimpan rahsia mengenai berita gembira yang sepatutnya dikongsikannya pada Khamis ini. Neelofa sudah pun memuat naik sebahagian koleksi tudung barunya itu di akaun Instagramnya semalam.
Katanya di dalam posting terbaru, koleksi ini merupakan inspirasinya sendiri kerana inginkan sesuatu yang berani dan pada masa yang sama kelihatan feminin. Vavaaavom betul design kali ini!
Corak tudung ini mempunyai empat pilihan warna lembut iaitu biru, putih lembut, merah jambu dan juga kelabu bersama corak bunga tropika yang sangat manis bila digayakan.
#MayabyNH ini sudah pun berada di laman web rasmi Naelofar Hijab tetapi hanya boleh dibeli bermula esok hari. Jadi, tunggu apa lagi kan, ramai-ramailah grab tudung ni ya! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ainaa Hafizah