Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Dengan 31 Jari...

BEIJING - Seorang bayi berusia enam bulan yang dilahirkan dengan 15 jari tangan dan...

Cabaran Hoki Raih Slot...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara mempunyai misi serampang dua mata apabila memikul...

Guru Maut Dalam Kemalangan...

KUANTAN - Seorang guru maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang diletakkan...

Amy Mastura, AG, Sherry...

PENYANYI Amy Mastura, penyampai radio Hot FM, AG dan pelakon yang semakin meningkat...

Christiandom Evangelicalis Berkembang Dengan Prolifik

MESKIPUN Kristian Evangelis mazhab baru, ia berkembang dengan pesat dalam tempoh yang singkat.

Berikut kronologi pertubuhan dan kegiatan Evangelis.

Evangelis adalah kuasa utama yang mewakili gerakan penyatuan Protestan sejak kurun ke-18 sehingga sekarang. Mereka percaya keperluan penganutan agama (conversion), hubungan rapat bersama Jesus, bergantung kepada Bible sebagai piawai keimanan dan penerapan.

Gerakan Evangelis bermula pada 1730an dan 1740an dengan gelombang pertama “Great Awakening” yang melibatkan pengkhutbah George Whitefield, Jonathan Edwards, dan John Wesley serta ramai lagi, terutamanya di Amerika Syarikat (AS).

Era kebangkitan semula dengan siri perjumpaan diadakan di pelbagai komuniti.

“Awakening” (kebangkitan) ini bersamaan “The Great Awakening” pada 1820-1840an menyebabkan Kristianisasi (Christianization) AS dan dominasi Evangelis.

Kurun ke-19 juga menunjukkan permulaan konflik yang akan menyelubungi Evangelis pada abad ke-20: Kebangkitan kritikan tinggi dan teori evolusi serta cubaan untuk merendahkan keyakinan terhadap kesahihan Bible mengenai cerita penciptaan dan sejarah mula timbul.

Gerakan fundamentalis bermula dalam lingkungan Evangelis di awal abad ke-20 sebagai reaksi penentangan kelakuan Liberal Protestan dan masyarakat secara umumnya.


Sehinggakan kurun ke-30an, Evangelis dan Fundamentalis kekal bersama. Berikutan perpisahan Fundamentalis mendorong kepada perpisahan antara garis utama (mainline) Evangelikalis dan fundamentalisme pada 1930an dan 1940an.

Ada fundamentalis berkeinginan untuk menjadi Evangelis sementara yang lain tidak berapa selesa akan hasrat itu.

Pada awal abad ke-20 juga melihat letupan Pentecostal/Gerakan Karisma. Sementara itu, segelintir Evangelis tidak mahu melibatkan Pentecostal bersama mereka. Suara majoriti lain akhirnya mengatasi dan menjadikan ahli Pentecostal ramai di kalangan mereka.

Sehingga sekarang seperti sedia maklum, Evangelis amat terkenal dan diterima ramai di serata dunia.

Oleh: Adibah Rafhanah Othman

#laskarmalaya

Kategori