Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Setiausaha Politik Penghubung Kerajaan...

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan setiausaha...

Abdul Azeez Bebas Dengan...

PUTRAJAYA - Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya...

Ops Warta: 9,836 Pesalah...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 9,836 pesalah trafik telah menyerah diri dalam Ops Warta...

Kuartet 4X100M Negara Intai...

JAKARTA – Kuartet 4x100m lelaki negara mengintai peluang untuk mencipta kejutan dalam aksi...

Ciri Baru Twitter Cegah Pembuli Dalam Talian

TWITTER memperkenalkan ciri baharu dalam usaha membendung pembuli dalam talian yang menggunakan platformnya.

Lapor laman Techcrunch, pengguna kini mempunyai pilihan untuk meredamkan pemberitahuan daripada akaun yang tidak diikuti serta akaun yang tidak mengikut mereka.

Pengguna juga dapat menapis twit berkualiti rendah seperti twit yang dipercayai dikeluarkan secara automatik atau yang mengandungi perkataan atau frasa tertentu.

Bagaimanapun, pengguna masih diberi pilihan untuk membaca balasan twit sekiranya mahu, dengan menekan butang khas pada bahagian bawah skrin.

Seterusnya ia akan menghalang individu yang akaunnya telah digantung bagi membuka akaun baru, ini akan menghentikan amalan membuka akaun pendua yang kemudian digunakan untuk meneruskan cacian.


Fungsi ini juga merupakan boleh menapis kandungan yang dianggap sensitif dari dipaparkan.

Ini adalah amat berguna bagi mereka yang tidak mahu terlihat kandungan berunsur lucah atau ganas yang boleh ditemui di dalam Twitter.

Twitter dan Facebook menghadapi kritikan kerana gagal menangani pembuli dalam talian, berita palsu dan propaganda pelampau pada platform masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

Kategori