SEBELUM ini Mynewshub pernah menceritakan kisah David Beckham mencium mulut anak perempuannya, Harper Seven sehingga mendapat kecaman netizen seluruh dunia, awal Jun lalu.
Baca:Â David Beckham Dikecam Cium Anak Perempuan
Ada yang suka, namun ada juga yang tidak bersetuju dengan aksi Beckham mencium mulut puteri tunggalnya itu.
Namun, baru-baru ini bekas bintang bola sepak terkenal dunia itu tampil memberikan penjelasan mengenai tingkah lakunya itu.
Menerusi Facebook Live, Beckham menyatakan, “Saya dikritik kerana mencium anak perempuan saya di mulut. Saya cium semua anak saya di mulut. Tapi mungkin tidak kepada Brooklyn (anak sulung) kerana dia sudah berumur 18 tahun. Kalau saya berbuat demikian, mungkin dia akan rasa janggal.
“Tetapi saya seorang bapa yang penyayang. Ia merupakan cara saya dan Victoria dibesarkan dan saya akan lakukan perkara yang sama pada anak-anak saya. Kami ingin menunjukkan betapa sayangnya kami pada mereka, lindungi mereka, ambil berat tentang mereka dan apa sahaja untuk menunjukkan kasih sayang kami terhadap mereka,” jelas figura hot berusia 40 tahun ini.
Beckham yang sememangnya dikenali sebagai bapa penyayang ini sering kali berkongsi aktiviti santai yang dilakukannya bersama anak-anak seperti mendaki gunung dan bersenam di laman Instagramnya.
Beckham mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang pop Spice Girls, Victoria Beckham dan hasil perkahwinan mereka mempunyai tiga anak lelaki, Brooklyn, 18, Romeo, 15, Cruz, 12, dan seorang anak perempuan, Harper Seven, 6 tahun. – MYNEWSHUB.CC