BAGAI sudah menjadi tradisi apabila Syawal menjelang tiba, setiap Muslim akan bermaaf-maafan terutamanya dengan kedua-dua ibu bapa tercinta.
Kebiasaannya, anak-anak akan mengucup tangan, mencium dahi dan pipi untuk memohon ampun namun lain pula caranya buat sebuah keluarga di Indonesia ini.
Lapor portal Tibunnews, penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Rosmalina atau lebih dikenali sebagai Ayu Ting Ting menunjukkan kasih sayang terhadap bapanya dengan cara agak keterlaluan daripada kelaziman.
Mana tidaknya, artis dangdut yang terkenal dengan lagu “Sambalado” itu dilihat secara jelas mencium bibir ayah kandungnya sendiri, Abdul Rozak.
Difahamkan, gambar yang dirakam pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu itu kembali menjadi perbincangan hangat selepas ia dimuat naik kembali oleh sebuah portal berita tempatan menerusi laman Instagram.
Walaupun mungkin pada mereka, ciuman seperti itu hanya sekadar tanda erat kasih sayang antara anak dan bapa namun perlakuan seperti itu tetap mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen.
“Agak tidak wajar ya, orang tua bersama anak cium bibir?” tulis pemilik akaun Apurodaitto.
“Ya Tuhan ku, perkara ini tidak patut dilakukan oleh seorang bapa kepada anak perempuannya,” kata pengguna akaun Facebook Princessriantie.
Bagaimanapun, ada juga yang menganggap tindakan mereka bermaaf-maafan seperti itu adalah perkara normal dalam sebuah institusi kekeluargaaan. – MYNEWSHUB.CC