BINTANG Real Madrid, Cristiono Ronaldo mengesahkan teman wanitanya, Georgina Rodriquez kini sedang hamil cahaya mata keempatnya.
Penyerang berbisa itu memberitahu akhbar tempatan El Mundo, dia sangat teruja untuk memiliki seorang lagi bayi selepas dikurniakan sepasang kembar, Eva dan Mateo bulan lalu.
Pasangan kembar itu dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang dan Cristiano tidak pernah mendedahkan kepada umum siapa ibu kepada anak-anaknya.
Sebelum ini ibu Georgina menafikan laporan media yang mendakwa anaknya sedang hamil selepas gambarnya dengan baby bump berjaya dirakam jurugambar.
Cristiano turut mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, Cristiano Jr yang turut dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang.
Georgina sebelum ini merupakan pekerja di butik Gucci sebelum melibatkan diri dalam bidang modelling.
Wanita kelahiran Sepanyol berusia 22 tahun itu mula berpacaran dengan Ronaldo sejak penghujung tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC