Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Fitnah Majlis Raja-Raja,...

Setelah menahan tiga pengarang kanan The Malaysian Insider  petang semalam, hari ini, dua...

Miley Cyrus Dedah Diri...

MASIH lagi hangat menjadi bualan, gambar terbaru Miley Cyrus yang tampil berbogel untuk...

Masa Untuk PAS Telah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan masa telah tamat untuk Pakatan...

UMNO Terus Perhebat Kempen...

KOTA BHARU - UMNO akan terus memperhebatkan program penerangan secara bersemuka dan media...

Cuba Seludup Cicak & Kura-Kura, 3 Ditahan

PADANG BESAR – Tiga individu termasuk dua rakyat Thailand diberkas Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Perlis kerana cuba menyeludup 58 cicak jenis bearded dragon dan lapan kura-kura jenis sulcata dari Thailand ke negara ini, di sini, petang semalam.

Komandernya DSP Syed Basri Syed Ali berkata rampasan di Kampung Kolam pada 3.30 petang semalam itu adalah hasil risikan AKSEM di Padang Besar.

Kesemua haiwan yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar itu dianggarkan bernilai RM18,100.

Kesalahan disiasat mengikut Seksyen 69 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, kata Syed Basri kepada pemberita, hari ini.


Katanya tiga yang diberkas itu ialah seorang lelaki warga Malaysia berumur 36 tahun dari Klang, Selangor dan seorang lelaki serta wanita masing-masing rakyat Thailand berumur 25 dan 28 tahun serta beralamat di Bangkok.

AKSEM turut merampas sebuah kereta Toyota Estima bernilai RM110,000 dan kes diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Perlis untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

Kategori