Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Veteran UMNO Terharu Terima...

PEKAN - Biarpun tidak mampu melahirkan kegembiraannya dengan kata-kata, namun linangan air mata...

Kaka Kecewa Dgn Tasha,...

Ramai peminat sudah dapat menghidu kedinginan hubungan dua selebriti iaitu pelakon sensasi Tasha...

Amaran Angin Kencang, Paras...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer...

Shaheizy Sam Enggan Komen...

JIKA anda merupakan peminat setia rancangan realiti terbitan saluran E!, Facing Up To...

Culik: 2 Penganggur Dihadapkan Ke Mahkamah

KLUANG –  Dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran bulan lepas..

Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28 dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam dekat sini.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan.

Kedua-duanya hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.


Kedua-dua tertuduh  juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi mengemukakan laporan-laporan berkaitan termasuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  – BERNAMA

Kategori