Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Khat Dan Tahi Lembu,...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng memohon maaf atas...

3 Kali Dirompak, Ayu...

BERIKUTAN kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini, pelakon Ayu Raudhah mengakui...

Bayi Umur Sebulan Terpaksa...

NEW DELHI - Pelik tapi benar. Seorang bayi yang baru berusia sebulan di...

Bersyukur Dengan Keamanan &...

PETALING JAYA - Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman,...

Daler Kesal Terpegang Dada Nelydia

BELUM selesai lagi isu ‘terpegang’ dada Nelydia Senrose ketika berlakon bersama dalam drama Encik Suami Mat Saleh Celup, pelakon Daler Yusof hari ini memohon maaf secara terbuka kepada aktres cantik itu.

Insiden tidak disengajakan itu dapat disaksikan netizen menerusi video dimuat naik oleh Daler, pelakon berdarah kacukan Melayu-Uzbekistan ke laman sosial Instagramnya sehingga viral dan hangat diperdebatkan peminat.

Kejadian itu berlaku semasa Daler sedang membonceng motosikal yang ditunggang Nelydia bagi menjayakan salah satu babak.

Bagaimanapun, kata Nelydia, Daler memang memohon maaf daripadanya walaupun ia berlaku secara tidak sengaja.

“Ketika kejadian, itulah pengalaman kali pertama saya menunggang motosikal. Saat itu, pelbagai perkara berlegar dalam minda saya, termasuk keselamatan dan nyawa sendiri. Jadi, ia membuatkan saya tidak sedar apa yang berlaku.

“Dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga, saya hilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana menyedari ada bonggol di hadapan. Keadaan itu seterusnya menyebabkan berlakunya insiden yang diperkatakan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Nelydia berpendapat perkara itu bukanlah satu isu serius yang perlu diperbesarkan.


“Dia memang ada menghubungi saya untuk memohon maaf. Tetapi, saya tidak ambil pusing pun akan perkara itu.

“Ia hanyalah salah faham dan berlaku di luar kawalan diri. Saya sendiri tidak tahu sama ada sentuhan benar-benar berlaku atau hanya kerana sudut pandang video membuatkan ia kelihatan seperti itu,” katanya kepada BH Online.

Daler, mengakui kesilapan dilakukan tanpa sengaja, sudah memohon maaf kepada peminat yang tersinggung dengan perkara terbabit.

“Sejujurnya, saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video terbabit,” kata Daler. – MYNEWSHUB.CC

Kategori