Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Demi Baby, Lisa Rehat...

LISA Surihani yang kini hamil cahaya mata sulung, mengambil keputusan untuk berehat seketika dari...

Tambah 8 Minit Waktu...

JABATAN Mufti Kedah mengumumkan perubahan waktu solat Subuh dan Imsak bagi seluruh negeri...

KKM Sedia Risalah Maklumat...

SEGAMAT - Kementerian Kesihatan menyediakan risalah mengenai bahaya virus Zika di pintu masuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan...

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah...

DAP Patut Diharamkan RoS – Bekas Tokoh DAP Melayu

GEORGE TOWN – Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd. Noor menegaskan parti cauvinis itu sepatutnya dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS).

Zulkifli yang pernah memegang jawatan dalam DAP selama 26 tahun berkata, keputusan RoS mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) adalah tidak adil kepada ahli yang buat aduan dan disingkirkan.

Menurut beliau lagi, keputusan pelik RoS berkenaan seolah-olah menunjukkan DAP merupakan sebuah parti politik yang terlalu ‘kebal diusik’ sehingga pihak kerajaan sendiri tidak berani mengambil sebarang tindakan tegas.

“Sepatutnya DAP dihukum dengan langsung dibatalkan pendaftaran parti tersebut kerana telah melakukan banyak kesalahan serius dalam tempoh empat tahun ini,” tegas Zulkifli dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah di Putrajaya pada Jumaat yang meminta DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC sebelum memutuskan tindakan susulan.

Ini kerana pihak RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti pembangkang itu hasil pemilihan semula dijalankan pada 29 September 2013, adalah masih lagi tidak sah dari segi undang-undang.

Mengulas lanjut, Zulkifli menambah, jika DAP berdegil dan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana senarai CEC parti itu pun masih belum diiktiraf RoS.


Untuk rekod, UMNO sendiri pernah diisytiharkan sebagai haram ekoran pemilihan jawatan parti tunjang Barisan Nasional itu pada 1987 dipertikaikan ekoran wujud perwakilan dan cawangan ‘hantu’ yang turut mengundi calon.

Zulkifli yang meletakkan jawatan daripada DAP sejak 2013 merupakan antara tokoh Melayu perintis dalam parti rasis itu sebelum kemudian menubuhkan pula Parti Alternatif Rakyat (PAP) di Pulau Pinang pada 2015 lalu.

Beliau malahan dianggap sebagai ‘arkitek’ kejayaan DAP yang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di negeri utara tersebut pada 2008 dan ‘otai’ Melayu dalam parti pembangkang berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori