Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hup Seng Nafi Biskutnya...

PETALING JAYA - Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa...

Gempa Sederhana Di Laut...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di...

Pramugari SIA Kelahiran P.Pinang...

SINGAPURA - Seorang pramugari Singapore Airlines (SIA) yang berasal dari Pulau Pinang, ditemukan...

‘Inspektor Sheila’ Didakwa Aibkan...

SELAYANG: ‘Inspektor Sheila’ yang tular dalam media sosial, didakwa di Mahkamah Majistret di...

DBKL Batal Tambak Tanah Kampung Melayu FRIM

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan dan menarik balik surat kelulusan projek tambakan tanah bagi pembinaan Jalan 3/1 dan 6/1 di Kampung Melayu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL Ab Salim Mansor berkata arahan itu dibuat selepas syarikat kontraktor projek berkenaan didapati masih gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan DBKL menerusi notis amaran terhadap kontraktor itu berkuat kuasa 3 Julai lepas.

“Sejak notis itu dikeluarkan, tempat itu memang tidak boleh beroperasi lagi dan pihak kontraktor terbabit telah pun mengambil maklum perkara ini… sehingga sekarang DBKL masih lagi memantau tapak projek itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Notis itu dikeluarkan susulan tapak projek itu masih ditimbuni longgokan sampah sarap  walaupun kontraktor berkenaan telah beberapa kali diberi amaran,  kerana dikhuatiri bahan buangan itu menjejaskan kualiti binaan projek jalan itu,

Berdasarkan syarat DBKL, kontraktor terbabit hanya dibenarkan menambak menggunakan tanah dan batu sahaja bagi menutup gaung sedalam 15 meter itu, yang bakal membuka laluan alternatif kepada penduduk untuk keluar masuk ke lebuh raya berhampiran.

Sebelum notis  pada 3 Julai itu,  DBKL juga pernah menghantar notis  menghentikan kerja-kerja berikutan aduan daripada persatuan penduduk sekitar hingga memaksa kontraktor terbabit mengeluarkan semula sampah yang ditimbun di tapak itu.

Ab Salim juga meminta penduduk supaya tidak bimbang  kerana projek pembinaan jalan itu akan tetap dilaksanakan.


“Jangan risau kerana DBKL tetap akan melaksanakan projek binaan jalan itu, hanya sekarang kita sedang mencari alternatif dan kaedah yang sesuai untuk menambak tanah di kawasan gaung itu selain memastikan masalah yang lepas tidak berulang ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Kontraktor kerja tambakan itu,  A. Selva  mendakwa kononnya pihaknya disabotaj oleh pihak tertentu hingga menyukarkan syarikat itu untuk mematuhi syarat-syarat DBKL, dan akhirnya dikenakan tindakan oleh DBKL.

Bercakap kepada Bernama, berliau berkata pihaknya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM300,000 sebelum ini kerana terpaksa membuang timbunan sampah yang dibuang oleh pihak lain.

Beliau juga berhasrat untuk mengadakan pertemuandengan DBKL berhubung perkara itu. – BERNAMA

Kategori