Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Mahu Kerajaan Terus...

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak mahu Kerajaan Negeri terus...

Kesedaran Terhadap Kanser Masih...

PUTRAJAYA - Kesedaran orang ramai terhadap kanser dan kepentingan menjalani ujian saringan dan...

Skuad PPBN Bawah-15 Uji...

KUALA LUMPUR - Skuad Projek Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bawah 15 tahun...

Guna Kerjaya Politik Semaksimum...

SOOK - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau...

Deloitte Malaysia Nafi Pejabat Diserbu SPRM

KUALA LUMPUR – Deloitte Malaysia menyangkal laporan portal berita bahawa firma audit itu diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pembelian sebuah lagi hotel di di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.

Deloitte Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, beberapa pegawai SPRM sebaliknya mengunjungi pejabat firma audit terkemuka itu di Menara LGB, Taman Tun Dr. Ismail pagi ini bagi mendapatkan bantuan untuk memperoleh maklumat berhubung siasatan tersebut.

“Kami memberi kerjasama penuh kepada mereka dengan menyediakan segala maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“Sebagai sebuah organisasi bertanggungjawab, kami akan bekerjasama penuh dengan SPRM dan pihak berkuasa lain berdasarkan peruntukan undang-undang,” kata kenyataan itu hai ini.

Beberapa portal berita hari ini terlebih dahulu melaporkan SPRM mengesahkan telah memulakan siasatan ke atas pembelian sebuah lagi hotel di di Kuching, Sarawak oleh FIC pada 2014.


SPRM dalam satu kenyataan media berkata, Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel itu yang disyaki dibeli pada harga lebih tinggi berbanding pasaran.

Sebilangan media pula melaporkan SPRM menyerbu pejabat Deloitte Malaysia pagi ini berhubung kes berkenaan. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori