Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fathia Latiff Idam Jadi...

MESKIPUN mula mengembangkan bakat dalam bidang lakonan, bintang yang semakin menyerlah, Fathia Latiff...

Tempat Perlindungan Remaja Hamil...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia melindungi remaja mengandung luar...

Bos Besar Turun Edar...

PEKERJA-PEKERJA Tencent Holdings sanggup menunggu di luar ibu pejabat gergasi internet itu di...

SKMM Ambil Tindakan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penyedia perkhidmatan sedang...

Demi Filem Terbaru, Amar Sanggup Masuk Kelab Malam

DUNIA lakonan semakin mencabar apabila semakin ramai pelakon baru yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Bila dah ramai, mestilah banyak saingan.

Jadi kebanyakan pelakon terpaksa bersikap merebut apa sahaja peluang bagi tujuan menyara kehidupan diri dan keluarga.

Amar Asyraf Zailuddin, 31, atau lebih dikenali sebagai Amar kini sedang teruja melakukan kajian tentang watak yang diterimanya untuk filem pertamanya, Blok 404.

BACA: Lakon Babak Ranjang, Amar Tak Takut Isteri Marah

Kata Amar, ini pertama kali dia mendapat watak yang berlainan daripada apa yang pernah dilakonnya sebelum ini.

“Ini adalah pertama kali saya membawakan watak hitam sebegini. Memang sudah lama nantikan watak seperti ini dan bagi mendapatkan feel saya cuba buat kajian dan lakukan yang terbaik supaya berjaya,” katanya.

Apa yang lucu sekali ialah Amar pernah tersalah masuk kelab gay semasa dia membuat tinjauan.


“Saya pergi ke beberapa kelab di ibu kota lucunya tersalah masuk kelab. Apabila lihat semua yang ada hanya lelaki menyebabkan saya resah. Selepas itu baru saya sedar itu adalah kelab gay”, ulas Amar kepada sebuah akhbar tempatan

Jejaka tampan ini juga dikatakan telah mengunjungi beberapa kelab malam dan pusat hiburan di ibu kota untuk mendapat penghayatan tentang wataknya itu.

Niatnya hanya untuk mendalami watak sebagai seorang lelaki yang selalu bersosial di dalam filem bawah arahan Azma Aizal Yusoof.  Selain Amar, filem ini turut dibintangi oleh Aedy Asyraf, Kamal Adli, Syamsul Yusof dan ramai lagi barisan pelakon hebat.

Kalau sekadang ambil feel dan meninjau keadaan sekeliling tak apa lagi. Jangan masuk situ terus awak join ‘cucuk langit’ sudah lah ya Amar. Hehe… – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori