Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

10 Exco Baharu Selangor...

KLANG - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor pada Jumaat mengangkat...

Lebih 85,000 Nelayan Akan...

KUANTAN - Lebih 85,000 nelayan tempatan akan melalui proses pemutihan yang dijalankan oleh...

Hari Kedua, Kem Pemberontak...

SANAA - Pesawat tentera pakatan diketuai Arab Saudi terus membedil kem pemberontak di...

Video Aksi Berani Remaja...

IPOH - Sebuah video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan seorang remaja memanjat...

Demi ‘Pucuk’ Muda, Remaja Ini Nekad Nikahi Nenek Tua

BIARPUN pada awalnya tidak dapat persetujuan keluarga, namun cinta berputik dalam jiwa pasangan pengantin baharu ini membuktikan usia bukan penghalang untuk mereka sehidup semati.

Begitulah pendirian yang dipegang oleh pasangan Selamet Riyadi, 16; dan Rohaya, 71; yang nekad meneruskan niat untuk mendirikan rumah tangga meskipun jarak usia antara mereka adalah 55 tahun.

Lapor Detik.com, pasangan pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai lalu di rumah Ketua Kampung, Kuswoyo, yang terletak di Dusun 1 Desa Karangendah, Sumatera Selatan, Palembang, Indonesia.

Demi 'Pucuk' Muda, Remaja Ini Nekad Nikahi Nenek Tua

Pengantin lelaki muda itu memberikan hantaran sebanyak 200,000 rupiah (RM64) kepada pasangannya hasil wang pencariannya sendiri dan majlis akad nikah diwalikan abang kandung Rohaya, Raup yang berusia 75 tahun.

Majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana itu turut disaksikan oleh ahli keluarga terdekat, penduduk kampung serta di hadapan Pegawai Pencatat Nikah.

Menurut portal itu lagi, perkahwinan Selamet dan Rohaya mencetuskan kekecohan dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat kerana masing-masing membantah keputusan mereka untuk menjadi suami isteri.

Selamet yang tidak memiliki pekerjaan tetap meluahkan hasrat untuk mengahwini Rohaya sebulan sebelum Ramadan selepas mengenali wanita yang berpangkat nenek itu, kira-kira tiga tahun lalu.

Malah, kedua-dua pasangan itu mengancam mahu membunuh diri sekiranya tidak dikahwinkan.

ā€œSebelum puasa, mereka datang ke rumah saya dan bagitahu mahu nikah, tetapi tidak direstui pihak keluarga perempuan,ā€ ujar Kuswoyo, memetik Detik.com, semalam.

ā€œDua hari kemudian mereka datang semula (ke rumah Kuswoyo) dan meminta jalan penyelesaian. Jika tak ada jalan keluar, keduanya nekad mahu mati.


ā€œMereka sempat bagitahu mahu bunuh diri kerana (masing-masing) sudah jatuh cinta dan (mahu) sehidup semati,ā€ tambah Kuswoyo.

Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, Kuswoyo berkata, penduduk kampung dan ahli keluarga akhirnya cari jalan penyelesaian sebelum bersetuju mengahwinkan mereka dan akad nikah diadakan pada malam kelmarin.

Perkahwinan pasangan itu juga tidak bermotifkan faktor ekonomi atau kekayaan kerana kedua-dua mereka hanya daripada golongan biasa.

Kuswoyo menambah, ibu bapa Selamet sudah bercerai dan ibunya berkahwin semula.Ā Selepas ibu Selamet berkahwin semula, dia tinggal bersama keluarga angkat sebelum tinggal dengan Rohaya, enam bulan lalu.

“Ketika menetap di sana (rumah Rohaya) Selamet jatuh sakit malaria lebih kurang satu bulan. Ketika sakit itulah yang merawatnya adalah Rohaya seorang diri,” ujar Kuswoyo.

Sementara itu, Selamet ketika bercakap kepada pemberita turut mengatakan perkara yang sama iaitu mula menyukai Rohaya ketika wanita itu merawatnya.

“Ketika saya sakit, dia yang merawat saya. Dari situ saya mula sukakan dengan perwatakkan lemah lembunya,”Ā kata Selamet memetik portal berita JPNN.com.

PegawaiĀ Suruhanjaya Wanita, Sri Nurherawati berkata, semua pihak harus menghormati keputusan pasangan terbabit untuk mendirikan rumah tangga tanpa mengira perbezaan usia, asalkan ia tidak memberi peluang berlakunya kekerasan terhadap pengantin perempuan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori