Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Cara Anjing Ini...

BERCAKAP mengenai bersin, boleh dikatakan semua orang pernah mengalaminya tidak kira sama tua...

605 Penduduk Kota Tinggi...

KOTA TINGGI - Seramai 605 penduduk daripada 171 keluarga dari Taman Aman dan...

SPRM Tahan 2 Pegawai...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Kompleks Bersepadu...

Risiko Banjir – Penduduk...

CAMERON HIGHLANDS - Penduduk yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Bertam dan Ringlet...

Denda Buat Pejalan Kaki Guna Telefon Bimbit

IBU negeri Hawaii, Honolulu meluluskan undang-undang melarang pejalan kaki melintas jalan sambil melihat atau menaip pesanan di telefon bimbit bermula Oktober ini.

Lapor BBC, undang-undang terbaharu itu menjadikan Honolulu sebagai bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang meluluskan undang-undang berkenaan bagi mengurangkan kece­deraan dan kematian akibat leka semasa berjalan kaki.

Mereka yang didapati melihat peranti, termasuk komputer riba dan kamera digital berdepan denda $AS15 (RM64.22) hingga $AS35 (RM149.85) untuk kali pertama dan sehingga AS$99 (RM423.87) untuk kesalahan berulang.

“Kami sekarang meme­gang rekod paling ramai pejalan kaki dilanggar ketika melintasi jalan raya terutama membabitkan golongan dewasa berban­ding bandar-bandar lain,” kata Datuk Bandar Honolulu, Kirk Caldwell,

Caldwell menandatangani undang-undang itu pada Khamis lalu selepas menerima kelulusan daripada Majlis Perbandaran pada awal bulan ini.


Sementara itu, kajian Universiti Maryland pula menunjukkan lebih 11,000 kecederaan berlaku membabitkan kecuaian akibat melihat te­lefon bimbit semasa berjalan di seluruh AS antara tahun 2000 hingga 2011.

Undang-undang baharu itu bagaimanapun dibantah beberapa pihak yang mendakwa kerajaan seakan berlebih-lebihan membuat peraturan, kerana sebenarnya apa yang masyarakat perlukan ialah sedikit kesedaran mengenai perkara itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori