Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Politik Matang Atau Politik...

Terhibur membaca kenyataan Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam membelasah...

Polis Kesan Bapa Angkat...

Kota Tinggi : Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan...

Dr Mahathir Sekali Lagi...

GEORGE TOWN - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkongsi...

Penjawat Awam Boleh Pakai...

PUTRAJAYA: Penjawat awam kini dibenarkan memakai pakaian batik pada setiap hari waktu bekerja...

Diana Danielle Mahu Bergelar Pelumba Kereta Profesional

AKTRES Diana Danielle bakal bergelar seorang pelumba kereta tidak lama lagi walaupun dia sebenarnya tidak tahu memandu transisi gear manual?

Betul ke?

Menurut Diana, ketika baru menyertai program Toyota gazoo Racing di Litar Antarabangsa Sepang, kereta yang diberikan kepadanya untuk dipandu sering mati kerana dia tidak biasa menggunakan klac pemecut dengan betul.

“Untuk saya belajar tukar gear dengan lancar dan lembut supaya kereta tidak mengeluarkan bunyi seperti hendak meletup… ia adalah cabaran yang besar.

“Bayangkan dua hari pertama saya memandu kereta manual, kereta saya asyik mati kerana tidak pandai mengawal gear dan klac.

“Malu sangat tetapi saya layan sahaja kerana memandu di tapak perlumbaan dengan laju dan konsisten adalah cabaran yang besar,” katanya kepada mStar Online.


Jelas Diana, dia bertuah kerana tenaga pengajar dari Toyota tidak pernah memandang rendah kebolehannya dan dia juga berhasrat untuk meneruskan karier dalam bidang tersebut secara professional jika diberi peluang.

“Jika ada peluang untuk saya teruskan secara profesional, saya akan sambar! Saya pun sudah mendaftar untuk belajar teknik drifting pula selepas menyertai Vios Challenge nanti,” katanya.

Mengulas lebih lanjut tentang minatnya itu, Diana berkata, sejak dahulu lagi dia gemar memandu kereta dan dari situ dia mula cekap mengendalikan kenderaan dan timbul minat terhadap sukan permotoran.

Malah katanya, keluarga dan suaminya, Farid Kamil juga banyak memberikan galakan serta tip dalam mengendalikan kereta dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

Kategori