Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Bukti Seleweng Dana HRDF...

PUTRAJAYA — Bukti penyelewengan yang dikaitkan dengan dana RM300 juta milik Tabung Pembangunan...

Adik Anwar Ibrahim Meninggal...

ADIK perempuan kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kembali ke...

Inflasi Dijangka Meningkat 2...

INFLASI dijangka meningkat kepada dua peratus tahun ini berbanding satu peratus yang dianggarkan...

Kerajaan Berusaha Pulih Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan akan berusaha memulihkan kedudukan politik Sabah dan Sarawak...

Diari Merdeka: Pertempuran Cemas Menentang Komunis

“ANCAMAN sentiasa ada. Cuma, bentuknya berbeza-beza. Oleh itu janganlah menyingkatkan pemikiran bahwa ancaman kesemuanya hanya berbentuk fizikal.”

Itu nasihat Sarjan Taib Tawal, pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pernah bertempur dengan komunis di Sarawak. Temubual pernah disiarkan MalaysianDigest.com pada April lalu.

Sarjan Taib pernah mengetuai platun menyerang komunis di Sarawak pada 1973. Pertempuran tersebut hampir mencabut nyawanya apabila senjatanya tiba-tiba mengalami ‘stoppages’ dan nyaris ditembak komunis.

Namun, tindakan pantas rakan seperjuangan, Kapten Hamid Awang menembak komunis terlebih dahulu menyelamatkan Sarjan Taib.

Seterusnya, Operasi Gubir 2 yang dilancarkan 20 April 1976 sehingga 3 Mei 1976. Operasi ini merekodkan 60 anggota Regimen Gerak Khas Malaysia (RGKM) melawan 400 pengganas komunis berhampiran kawasan pergunungan di sempadan Thai.

Sebelum serangan, melalui maklumat Surrendered Enemy Personnel (SEP) dikenali sebagai Abdullah, sebuah markas komunis telah dikenalpasti. Markas tersebut berjaya dikesan di kawasan kebun sayur. Hasil perbincangan, satu tinjauan udara dilakukan.

Selain pengganas yang ramai, markas tersebut antara kubu terkuat komunis dan dikelilingi hampir 3,600 jerangkap samar. Dilindungi hutan tebal, serangan pertama pada 16 April 1976 melalui udara tidak berhasil.

Helikopter yang menurunkan anggota juga hampir diletupkan pelancar Grened M79 oleh komunis.

Pada 25 April, misi pembersihan markas dan terowong diteruskan. Enam anggota tentera parah akibat jerangkap samar. Sehari selepas itu, helikopter Nuri ditembak jatuh dan mengorbankan 11 tentera dan krew.


Pada 27 April, terowong komunis berjaya diletupkan dan anggota komando bergerak menuju ke ‘Extraction Point’ untuk dikeluarkan daripada kawasan tersebut.

Namun, pergerakan helikopter yang berulang-alik disedari komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan dan 18 komando RGK ditinggalkan. Mereka diarahkan menuju ke RV (Rendezvous) di kawasan berhampiran LP (Landing Point) dimana sepasukan komando akan membawa mereka keluar.

Pada 1 Mei 1976, operasi The Great Escape dilakukan 18 orang anggota diketuai Lt. Kol M Aziz Rashid. Mereka dikepung 60 anggota komunis. Dengan memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan, M.Aziz mengarahkan musuh tidak ditembak, kecuali kehadiran mereka sangat jelas. Tindakan ini untuk menjimatkan peluru.

Pada 2 Mei, serangan helikopter Alloutte dilakukan. Untuk mengelirukan musuh yang memburu, Lt. M Aziz mengarahkan ‘Jungle Hotel – Jungtel’ dibina di kem komunis yang ditinggalkan disebabkan serangan Alloutte tersebut.

3 Mei 1976, perjalanan diteruskan. Laluan ke RV dipenuhi dengan jerangkap samar dan dengan menggunakan teknik Haversack, mereka selamat tiba di kawasan RV dan diberi makan! Diketuai Lt. M Rajasegaran dari Y Skuadron, mereka menuju ke LP dan selamat diterbangkan ke Kem Gubir. Operasi mengeluarkan mereka berjaya dilakukan pada 3 Mei 1976.

#laskarmalaya

Kategori