KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.
Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).
Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.
“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.
Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.
Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.
Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.
Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA
KELUARGA bahagia pasangan selebriti ini sering mendapat perhatian. Tambahan pula, puteri cilik hasil perkahwinan mereka berjaya menarik perhatian ramai netizen di laman Instagram dengan telatah comelnya.
Baru-baru terdapat satu laman blog menulis perkara tidak betul mengenai keluarga selebriti ini.
Scha Al-Yahya meluahkan rasa kecewa terhadap posting berkenaan yang mendakwa dia sengaja tidak mahu membawa Lara Alana bersama ketika pergi bercuti.
Mungkin selama ini dia hanya berdiam diri terhadap dakwaan tersebut, tapi sampai bila kan?
Terkini, Scha memuat naik satu gambar daripada blog yang menulis mengenai mereka di akaun Instagram miliknya.
Setelah lama berdiam, Scha kini tampil dan meminta agar berhenti menyebar fitnah mengenai perkara berkenaan. Dia berharap agar semua pihak memberi fokus kepada perkara positif sahaja.
Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya sudah lima tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Awal Ashaari. Mereka dikurniakan seorang puteri, Lara Alana yang kini berusia tiga tahun.
Haa…Lain kali berhati-hati sebelum menaip dan pastikan segala yang tertulis itu adalah sahih! Kalau tak betul, kan fitnah namanya itu. Bersabarlah Scha. – MYNEWSHUB.CC/ Amy Maizura