Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ATM Perketat Kawalan Di...

KOTA BAHARU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand...

Mayat Lelaki Disyaki Dibunuh...

KINABATANGAN - Mayat lelaki dengan kesan tetakan di kepala dan pinggang ditemui di...

Marah Tulisan Jawi, Jalur...

KUALA LUMPUR - Gara-gara marah berikutan pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis...

New Zealand Mohon Maaf...

WELLINGTON - Pihak berkuasa New Zealand memohon maaf apabila suspek pembunuhan 51 jemaah...

Dipukul Sampai Mati Kerana Gagal Jawab Soalan

SEORANG bapa telah memukul anaknya yang berusia tiga tahun hingga mati hanya kerana anak berkenaan gagal menjawab soalan matematik dengan betul.

Lelaki itu, Joshua Salovich, dari Mississippi memberitahu polis bahawa dia mahu anak perempuannya itu menjadi kuat jika mahu berjaya.

“Ia adalah dunia yang penuh cabaran dan dia perlu kuat jika mahu berjaya,’’ katanya kepada polis.

Susulan itu Joshua telah didakwa atas tuduhan membunuh dan berdepan dengan hukuman mati. Dia juga tidak dibenarkan ikat jamin.

Menurut polis, kanak-kanak itu akan dipukul di tangan, punggung dan kaki sekiranya gagal menjawab soalan dengan betul dan pernah dipukul di perut beberapa kali.


Dia pernah menggunakan rotan untuk memukul anaknya hingga patah dan kemudian menggunakan telefon bimbit.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia Jumaat lalu dengan kesan lebam dan luka penuh di badannya. Dia juga mengalami pendarahan di otak dan paru-paru.Joshua dan ibu kanak-kanak terbabit telah berpisah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori