Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tujuh Beranak Makan Nasi...

KOTA BHARU - Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib tujuh beranak, di Kampung...

Kelab Tersohor Dunia Dijangka...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tanah air berpeluang menyaksikan gelagat serta aksi hebat...

AS Puji Cara Malaysia...

PUTRAJAYA: Kejayaan Malaysia dalam pengurusan isu pengawalan wabak Covid-19 lebih setahun lalu menerima...

Velodrom Nasional Di Nilai...

PUTRAJAYA - Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan akan...

Diserang Ribuan Lipas Dari Lubang Najis Jalan

PENDUDUK kawasan perumahan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat terkejut apabila ribuan lipas keluar dari lubang pembentung dan berkeliaran di atas jalan.

Seorang penduduk, Pat Wall berkata, lipas itu mula keluar dari lubang pembentung di simpang Jalan Salmon dan Plum di Bridesburg, Philadelphia, malam Ahad lalu.

Malah katanya, pada satu ketika, terdapat banyak sangat lipas sehingga dia langsung tidak nampak permukaan jalan berkenaan.

“Semua jiran keluar dan menyembur atau memijak lipas itu. Ia seperti cerita ngeri menjadi kenyataan. Banyak juga lipas yang terbang berkeliaran.

“Saya tidak pernah mengelak lipas terbang sebelum ini,” katanya kepada stesen televisyen NBC10, Isnin lalu.

Wall berkata, ia serangan paling teruk yang pernah dilihatnya sendiri di depan mata.


Sementara itu, jurucakap Jabatan Perairan Philadephia, John DiGuilio berkata, mereka menerima panggilan daripada tiga penduduk meminta bantuan.

Kakitangannya dikerah ke jalan itu, pagi Selasa lalu waktu tempatan (malam Selasa waktu Malaysia) dan membuang sambah atau makanan buangan yang mungkin tersangkut di pembentung itu.

DiGuilio berkata, mereka tidak jumpa lipas tapi sudah meninggalkan umpan. – Agensi/myMetro Online

SEKADAR VIDEO HIASAN:

Kategori