Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Best.. Peranti Samsung Mungkin...

TAK lama dahulu tersebar khabar bahawa Samsung Galaxy S6 yang akan datang bakal dilengkapi...

108 Tahun Penjara, Cabul...

ISTANBUL - Seorang penjenayah pedofilia dijatuhi hukuman 108 tahun penjara oleh sebuah mahkamah...

Kanak-Kanak 9 Tahun Antara...

SANDAKAN - Pihak polis menumpaskan satu sindiket dadah menggunakan kanak-kanak untuk mengedar syabu...

Berek Polis Antara Terjejas...

CAMERON HIGHLANDS - Sebelas rumah termasuk tiga berek polis di Balai Polis Ringlet...

Doakan Syazana Amirah Kembali Pulih – Keluarga

KUALA LUMPUR – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mengalami retak di bahagian tengkorak, dipercayai akibat dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang pada Jumaat lepas, selamat menjalani pembedahan pagi tadi.

Ibu saudaranya Siti Haishah Mansor, 30 berkata Syazana Amirah Asshaari selesai menjalani pembedahan di kepala selama lebih tujuh jam bermula 4 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siti Haishah yang ditemui Bernama di HKL hari ini, berkata Syazana Amirah yang dipanggil Nana belum sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neurologi.

 Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul

“Memang ini perbuatan di luar batasan dan saya terkejut dengan apa yang terjadi kepada Nana…kami mengharapkan orang ramai turut mendoakan Nana pulih dengan segera seperti biasa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, Syazana Amirah ditemui ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring  di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala dan dagu.


Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan, berkata  pemeriksaan mendapati tengkorak mangsa di sebelah kiri dan kanan retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.

Othman berkata dua unit telefon bimbit serta dompet milik mangsa juga dilaporkan hilang.  – BERNAMA

 

Kategori